Powered By Blogger

Monday, January 15, 2018

PUSRAPI PAUH JAYA INFO:- MASALAH SAKIT TENGKUK DAN SAKIT PINGGANG

                                             


Sakit Tengkuk Tetiba Itu Sakitku Yang Tidak Tertahan

Sakit tengkuk adalah perasaan sakit yang dialami pada mana-mana bahagian leher dan boleh melibatkan bahagian bahu, kepala dan muka.

Gejala-gejala Sakit Tengkuk :
-ketegangan/ kekerasan otot leher-kekurangan julat pergerakan sendi leher-kesakitan sendi leher-sakit di bahgian belakang kepala/leher-Sakit di bahagian torasik, bahu, dan/atau rahang

Selain itu, sakit kepala belakang leher juga petanda anda menghidapi stress dan kepenatan yang melampau.
Kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang tips bagaimana nak atasi masalah sakit kepala belakang leher tanpa bergantung dengan ubat semata.
Jom buang angin2 di dalam badan dengan kaedah alhijamah di Pusrapi.
Kami terapi anda dengan kaedah sunnah dan kami perbetulkan balik kedudukan masalah sakit yg anda hidapi dengan keterapian luar dan dalam serta teknik urutan syifa bg menghilangkan sakit2 yang anda hidapi.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami di Pusrapi terdekat anda.
Tunggu di part seterusnya kes ini... yang mana pesakit dah lama merasai sakit pinggangnya...apakah angin yg ada di situ...
Hubungi kami untuk perawatan sakit anda:-
PUSRAPI PAUH JAYA



Lihatlah apa yang keluar di kawasan yang sakit ketika diruqyahkan pesakit. Mungkinkah dia dah menghuni lama di situ tetapi bila kita keluarkan dari tempat bersarangnya kelihatan agak sedih



Ini adalah kawasan sakit pinggang beliau....

Jadi kepada anda yang duk sakit2 tuh jgn dibiar lama2 nanti byk pula angin pelik2 duk keluar. 

Lambakan toksid pun sakan juga tuh... 
Tapi yg peliknya angin yg keluar ni seakan sama apa yg telah kita buat pd analisis darah pesakit nak tahu lebih lnjut tunggu di episod seterusnya kes ini...

Jom berubat di Pusrapi , perawatan tanpa was-was.
PUSRAPI PAUH JAYA



Di dalam analisis darah pesakit di Pusrapi Pauh Jaya kita menemui sesuatu yang menghuni di dalam darah pesakit. 

Patutlah sewaktu ruqyah dan kita laksanakan kaedah hijamah di kawasan yg sakit semua angin pelik2 yang keluar di situ.


Angin sedih
Hemp... biarlah gambar berbicara... 
Apapun kami di sini hanya bantu ikhtiarkan keluarkan sakit2 yg ada . Kepada yang ingin berikhtiar di Pusrapi jom ke Pusrapi terdekat anda:-

PUSRAPI PAUH JAYA


Jom saksikan Kisah Benar Penemuan Di dalam Darah..... 
sakit2 Yang ada jom ke Pusrapi siap ada analisis darah taw...



NAK TENGOK KLIK LINK DI ATAS




JOM DENGARKAN APAKATA PESAKIT KAMI YANG TELAH MENJALANI PERAWATAN DI SINI...



SAKIT TENGKUK ITU SAKITKU ....

JANGAN DI BIAR JOM KE PUSRAPI

Setiap yang sakit itu pasti ada ubatnya...

Hubungi kami untuk info:-


PUSRAPI PAUH JAYA
PUSAT RAWATAN ALHIJAMAH ONEWAHIDA
NO 7-1 lorong PJ 1/2 Taman Pauh Jaya
13700 Perai
Pulau Pinang.

TEMUJANJI RAWATAN SILA HUBUNGI

☎Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195☎Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195☎Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195


Jom kita tebarkan sayap pengubatan kaedah nabi moga bermanfaat utk semua yang cintakan kaedah sunnah




PUSRAPI PAUH JAYA INFO: KES MASALAH KULIT DAN GATAL SATU BADAN




MASALAH KULIT DAN GATAL-GATAL 1 BADAN

Penyakit kulit adalah semua jenis penyakit yang benar-benar terdapat pada kulit. Impak dari penyakit kulit memang sangat besar terutamanya ia boleh menganggu penampilan dan mengurangi rasa percaya diri. Selain itu penyakit kulit memerlukan perawatan yang intensif untuk benar-benar sembuh. Terkadang penyakit kulit juga memerlukan pengubatan dalam jangka waktu yang lebih lama. Namun, tahukah Anda, bahwa ada banyak ragam jenis penyakit kulit. Dibawah ini adalah di antara jenis penyakit kulit yang telah kami rawat di Pusrapi.
Pesakit mengalami kemerah-merahan hampir disemua bahagian badan. Pelbagai cara dan kaedah moden telah dicuba namun masalah kulit semakin menjadi2. 
Apapun km di Pusrapi cuba ikhtiarkan kaedah yang alami dan membongkar sakit2 yang ada utk misi pengubatan kaedah yang bersesuaian dengan pesakit. Alhamdulillah menampakkan 1 perubahan keatas badan pesakit.

Kita hanya berikhtiar Allah jua penyembuh segalanya.





Mencari Cara Menghilangkan Gatal Pada Kulit yang Tidak Kunjung Sembuh merupakan suatu cara yang sedang banyak dicari oleh masyarakan saat ini, karena selain merasa tidak selesa, adanya rasa gatal tersebut juga dapat mengganggu aktiviti seharian penderitanya.
Jom apa tunggu lagi jom kita rawat masalah yg ada kerana masalah kulit ini banyak berkaitan dengan darah... dan angin2 yang terpendam di dalamnya. 
Banyak angin2 dan hama2 angin yg terpendam di sebalik darah2 yg keluar ... tapi byk juga kes2 melibatkan sakit kulit yg t mau hilang2 ni ada juga yang menginap di dalam darah. Apa pun kami di Pusrapi mencuba mencari jln penyelesaian terbaik utk pesakit. Utk tahu lebih lnjut punca masalah yg ada kn lah hadir sendiri ke Pusrapi.



Jom kita lihat perbezaan sebelum perawatan dan selepas perawatan. Bengkak2 hbis 1 badan dan kemerahan yang sangat ketara. Garu? Mmg sedaplah menggaru sebab terlalu gatal. Tapi mcm2 ubatan dah dicuba gatal2 smkin mnjadi2 . 
Akhirnya mencuba kaedah sunnah ini pula. 
Alhamdulillah menampakkan perubahan jua. Semoga dapat bersabar sbb dah setahun menanggung derita . Insyallah jika istiqomah menjalani perawatan pasti Allah akn memperlihatkan kesembuhan2 yg luar biasa pada hambanya yang yaqin dengan kaedah nabi ada penawarnya.

Kami di sini mendoakan agar pesakit dapat beramal seperti yg telah diterangkan pihak Pusrapi.
Kepada anda yang mengalami masalah yang sama jom kita ikhtiar di Pusrapi terdekat anda:-
PUSRAPI PAUH JAYA
PUSAT RAWATAN ALHIJAMAH ONEWAHIDA
NO 7-1 lorong PJ 1/2 Taman Pauh Jaya
13700 Perai
Pulau Pinang.

TEMUJANJI RAWATAN SILA HUBUNGI

☎Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195☎Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195☎Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195




JOM KITA IKUTI APAKATA PESAKIT YANG TELAH MENJALANI PERAWATAN DI PUSRAPI INI UNTUK MASALAH BELIAU






Sunday, January 14, 2018

PUSRAPI PAUH JAYA INFO PERKONGSIAN KES


PERKONGSIAN

 Wanita + Haid + Ketip Kuku + Potong Rambut = [Boleh?] —
[Soalan]
Ketika seorang perempuan sedang berada dalam keadaan haid, bolehkah dia mengetip kuku dan memotong rambut?
Sebab ada kata boleh,
Ada kata tak boleh.
Adakah kita perlu simpan kuku yang diketip dan rambut yang gugur ketika haid, lalu bawa mandi wajib sekali?
Sebab ada kata perlu
Ada kata tak payah pun.
Saya keliru.
Mohon Aiman Banna berikan jawapan.
Terima kasih.
[Jawapan]
Bismillah, dengan nama Tuhan aku mulakan tarian jari-jemari atas papan kekunci ini.
Soalan ini banyak ditujukan kepada saya sama ada semasa ceramah ataupun melalui media sosial, dan saya akan cuba menjawab persoalan sebaiknya dengan izin-Nya.
p/s: Saya post lagi sekali kerana ramai yang masih soal perkara ini di alam maya maka saya harap perkara ini boleh dipanjang-panjangkan lagi inshaAllah agar masyarakat kita faham. 🙂
Pertama, saya bukanlah orang yang terbaik untuk menghurai atau menjawab isu ini cuma saya hanya berkongsi apa yang saya tahu dan apa yang saya telah talaqi sebelum ini tentang haid wanita.
Saya ada meletakkan rujukan kitab dan asatizah saya di penghujung artikel ini.
Sungguh, saya faqir fi tholibil ilm sahaja dan saya hanya berkongsi sahaja. Andai ada salah silap, saya mohon agar ditegur terus. Dan saya amat galakkan agar kalian rujuk dengan alim yang sudah pasti lebih alim dari saya. Moga Allah menjawab persoalan kalian.
Ayuh kita terus kepada jawapan persoalan ini.
___
Secara mudahnya, TIDAK SALAH UNTUK KETIP KUKU DAN POTONG RAMBUT KETIKA HAID.
___
Itu jawapan ringkas daripada apa yang saya pegang dan faham selama ini. Hujahnya ada dibawah.
Jom kita berkenalan dengan haid dulu.
Darah yang keluar dari kemaluan wanita ada tiga macam.
Darah haid.
Darah nifas.
Darah istihadhah.
Darah haid adalah darah yang keluar dari kemaluan wanita dalam keadaan sihat, bukan kerana melahirkan, warnanya hitam kemerah-merahan lagi terasa panas.
Waktu haid itu paling sedikit adalah sehari semalam, dan paling lama lima belas hari. Sedangkan pada umumnya enam atau tujuh hari. Masa suci antara dua haid itu paling sedikit adalah 15 hari, dan paling lama tidak terbatas.
Sekurang-kurangnya umur wanita yang mulai haid itu 9 tahun.
Ok, itu sedikit sebanyak tentang haid. Jom jawab soalan saya di bawah ini;
Pernah tidak kita dengar bahawa untuk kita ketip kuku, wajib ambik wudhuk dulu? Kalau tidak ketip kuku itu tidak sah ataupun haram hukumnya jika ketip kuku tiada wudhuk. Ataupun sebelum kita potong rambut kat salon, diwajibkan untuk kita ambil wudhuk dulu?
Tidak pernah bukan?
Ya, benar. Tidak ada perkara sedemikian.
Apabila didalami kitab al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah (Fiqh 4 mazhab) mengemukakan:
“Yang haram bagi seorang yang sedang dalam keadaan junub (termasuk datang bulan) untuk dia kerjakan adalah amalan-amalan keagamaan yang bersyarat dengan adanya wuduk seperti solat sunat dan wajib.”
Jom kita analisis;
Ketip kuku tidak disyaratkan untuk ada wudhuk.
Memotong rambut tidak disyaratkan untuk ada wudhuk.
Dengan penjelasan di atas,tidak haram pun untuk ketip kuku dan potong rambut ketika haid.
Ayuh telusuri hal-hal yang diharamkan dilakukan oleh wanita yang sedang haid:
1. Solat
2. Puasa
3. Baca Quran
4. Menyentuh / Bawa Quran
5. Masuk dalam masjid
6. Tawaf
7. Bersetubuh
8. Menikmati bahagian tubuh yang ada di antara pusat dan lutut.
Ada lapan perkara manakala hal yang haram bagi orang yang sedang junub ialah:
1. Solat
2. Baca Quran.
3. Sentuh / bawa Quran
4. Tawaf
5. Duduk dalam masjid.
Lihat? Tiada pun antara hal-hal yang haram dilakukan oleh orang yang sedang junub atau khususnya kepada wanita yang sedang haid untuk ketip kuku atau potong rambut.
Konklusinya,
Tiada masalah pun untuk ketip kuku dan potong rambut ketika haid.
___
Jika anda ingin hujah yang lebih panjang dan padat, saya nukilkan di bahagian bawah ini. Moga bermanfaat! 🙂
___
“Tapi kenapa kami selalu dengat tak boleh dan haram untuk ketip kuku dan potong rambut. Kerana ajaran ini sepertinya telah sebati dalam masyarakat dan kami percaya akannya telah lama…”
Ada yang kata tidak boleh dan haram itu kerana mereka berpandukan hadis ini:
لا يقلمن أحد ظفراً ، ولا يقص شعراً ، إلا وَهوَ طاهر
“Janganlah sesiapa memotong kukunya dan menggunting rambut kecuali ketika ia suci” (Riwayat al-Ismaili dari Saidina ‘Ali r.a.)
Mereka berdalilkan hadis yang dikatakan dari Rasulullah ini. Mereka ialah Imam al-Ghazali dan Abu al-Faraj as-Syirazi (seorang ulamak dari mazhab Hanbali).
Berkata Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin;
“Tidak sepatutnya seseorang mencukur rambut, memotong kuku, mencukur bulu kemaluannya serta membuang sesuatu dari badannya pada ketika ia sedang berjunub kerana seluruh juzuk pada badannya akan dikembalikan kepadanya di akhirat kelak, lalu ia akan kembali berjunub.[1] Dikatakan bahawa; setiap bulu (yang dicukurnya ketika berjunub itu) akan menuntut dari tuannya dengan sebab junub yang ada padanya (kerana dicukur ketika sedang berjunub)”
(Dinaqalkan dari kitab al-Iqna’, jil. 1, hlm. 91).
Namun jumhur ulamak tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.
___
p/s: Saya dhoif. Siapalah saya untuk dibandingkan dengan Imam Ghazali, namun dalam artikel ini saya cuma menaqalkan semula sahaja kalam Ulama’. Saya ulang, bukan saya nak tunjuk pandai, saya cuma naqalkan sahaja. Andai ada salah silap, tegur saya yang masih penuntut ilmu yang faqir ini.
Ayuh kita sambung telusuri…
__
Menurut mereka; tidak ada dalil dari Nabi s.a.w. yang menegah orang berjunub atau wanita yang sedang haid atau nifas dari melakukan perkara-perkara yang disebut tadi. Adapun hadis di atas, ia adalah munkar dan maudhu’ (yakni palsu), tidak harus sekali-kali dijadikan hujjah
(lihat; Syarah Sohih al-Bukhari, oleh; Imam Ibnu Rajab).
Berkata Imam ‘Atha’ (seorang Tabi’in terkenal);
“Harus orang yang berjunub untuk berbekam, memotong kuku dan mencukur rambut sekalipun tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu”
(Riwayat Imam al-Bukhari).
Imam Ahmad tatkala ditanya berkenaan hukum orang berjunub yang berbekam (yakni mengeluarkan darah dari kulitnya), mencukur rambut, memotong kuku dan mewarnai rambut atau janggutnya, ia menjawab;
“Tidak mengapa (yakni harus)”.
Syeikh Atiyah Saqar dalam fatwanya juga menegaskan; pendapat Imam al-Ghazali itu tidak ada sebarang dalil untuk menyokongnya. Syeikh ‘Atiyah kemudiannya menaqalkan ulasan Imam Ibnu Taimiyyah yang berkata; aku tidak mengetahui ada sebarang dalil yang memakruhkan membuang rambut dan kuku oleh orang berjunub. Malah Nabi s.a.w. ada bersabda kepada orang kafir yang baru masuk Islam;
ألق عنك شعر الكفر ثم اختتن
“Buangkanlah darimu rambut/bulu kekufuran (yakni rambut/bulu yang tumbuh semasa kamu kafir), kemudian berkhatanlah”
(HR Imam Ahmad dan Abu Daud dari ‘Uthaim bin Kulaib r.a. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no; 1580).
Di dalam hadis di atas Nabi s.a.w. hanya menyuruh orang yang baru masuk Islam itu agar berkhatan dan membuang rambut/bulu di badannya. Tidak ada arahan dari baginda supaya ia melakukannya selepas mandi, menunjukkan bahawa membuang rambut/bulu dan berkhitan itu harus dilakukan sama ada sebelum mandi atau selepas mandi.
Dalam buku al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, az-Zuhaili menulis,
“Tidak makruh dalam pandangan mazhab Hambali bagi seseorang yang junub, atau dalam keadaan haid, atau nifas menggunting rambutnya, kukunya sebelum mandi.”
Imam Al-Ghazali ada mengatakan dalam kitab Ihya’ tadi;
“kerana seluruh juzuk pada badannya akan dikembalikan kepadanya di akhirat kelak, lalu ia akan kembali berjunub.”
Bagi saya yang dhoif ini, tubuh badan kita tidak akan sama macam keadaan kita atas muka bumi Tuhan ini.
Al-Quran menyatakan bahawa wanita-wanita penghuni syurga (yang tua sekalipun) akan dijadikan Allah SWT sebagai gadis-gadis remaja, penuh cinta dan sebaya dengan suami-suami mereka.
“Sesungguhnya Kami sudah ciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan yang istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh)”
(Waqi’ah 35, 36)
___
Agama islam ini mudah.
Agama ini sangat indah.
Adakah kita perlu simpan kuku yang diketip dan rambut yang gugur ketika haid, lalu bawa mandi wajib sekali?
Dalam hal mandi wajib, mazhab Abu Hanifah meletak garis panduan bahawa wajib membasahi seluruh anggota badan yang dapat disentuh oleh air selama hal itu tidak menyulitkan.
Dalam konteks kemudahan itu, ulama membincangkan wajib tidaknya rambut yang digulung atau diikat sebahagian atas sebahagian yang lain, untuk diurai terlebih dulu baru mandi.
Abu Hanifah tidak mewajibkannya, cukup membasahi. Imam Malik juga tidak mewajibkan mengurai rambut yang bersanggul selama ikatannya tidak terlalu ketat sehingga air dapat mengalir ke dalam. Alasan mereka adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, bahawa Ummu Salamah bertanya kepada Nabi SAW;
“Aku adalah seorang wanita yang mengikat rambutku, apakah aku harus mengurainya dalam rangka mandi junub?” Nabi menjawab, “Tidak! Cukup engkau menuangkan air ke atas kepalamu sebanyak tiga kali.”
Imam Syafie, walaupun mengharuskan menguraikan sanggul apabila air tidak mengena rambut, namun beliau berpendapat bahawa agama memaafkan bahagian dalam dari rambut yang terikat untuk tidak terkena air.
Jika diteliti dalil-dalil dan pendapat di atas ternyata Rasulullah SAW tidak memberatkan para wanita yang berambut panjang untuk mengurai seluruh rambutnya bagi menjirus air ketika mandi junub untuk mengelakkan dari kesukaran. Apalagi jika berkaitan memandikan rambut yang telah gugur itu lebih menyukarkan. Sedangkan prinsip syariah ialah meringankan tanpa membebankan penganutnya.
Di sini juga saya bawakan jawapan Imam Ibn Taymiah bila ditanya tentang hal ini di dalam kitabnya Ghiza’ al-albab, 1/382).Beliau berkata:
“Tidak aku ketahui hukum makruh membuang rambut dan bulu dan kuku ketika junub, bahkan Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang mukmin tidak najis (tubuhnya) sama ada hidup ataupun mati”, malah Nabi memberitahu: “Buangkan darimu bulu-bulu kufur (yang tidak dicukur semasa kafir) dan berkhatanlah (apabila masuk Islam).”
Maka jelaslah bahawa dibenarkan, bahkan tidak dilarang untuk memotong kuku mencukur atau membuang apa-apa yang lebih daripada kebiasaannya yang tumbuh di tubuh kita semasa dalam hadas besar. Islam adalah yang mudah, maka jangan kita mempersulitkan diri kita dlm beramal.”
Rujukan dan penghargaan:
Quran, matan Abi-Syuja’, kitab ‘al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, Ihya’ ‘Ulumuddin, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, (dan kitab yang lain-lain). Juga kepada Ustaz Luqman, Ustazah Shahidah serta tok guru saya yang mulia, Ustaz Syauqi (Pondok Baitul Qura’) yang sudi mengadakan talaqi kitab fiqh.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk kalian.Kongsikan jauh-jauh jika anda rasa ianya bermanfaat.
Semoga Allah sayang dan redha,
InshaAllah Allah kurnia kita Syurga.
Seorang Hamba,
Aiman Banna.

Wednesday, January 10, 2018

MASALAH HAID BAGI WANITA DARI SUDUT FIQH DAN KES2 BERKAITAN HAID DI PUSRAPI PAUH JAYA



MASALAH DARAH BAGI WANITA

Darah Haid

Berapa jeniskah darah yang keluar melalui kemaluan wanita (mengikut ilmu Fiqh Islam)?

Darah yang keluar melalui kemaluan wanita ada tiga jenis, iaitu;

1. Darah Haid
2. Darah Nifas
3. Darah Istihadhah

Pembahagian di atas telah menjadi ijmak ulamak (Lihat; Bidayatul Mujtahid, 1/69).

Apa yang dimaksudkan dengan darah haid?

Haid dari segi bahasa bermakna mengalir.

Adapun dari segi istilah ahli Fiqh, ia adalah darah yang mengalir keluar dari kemaluan wanita dari dalam rahimnya (uterus) kerana semulajadi (bukan kerana penyakit atau kerana selepas melahirkan anak). Keluarnya pada masa tertentu apabila seorang wanita telah mencapai umur tertentu.[1]

Apakah syarat-syarat darah haid?

Syarat-syarat darah haid ialah;

1. Warna darah yang keluar menepati ciri-ciri warna darah haid.
2. Seorang wanita itu telah mencapai umur kemungkinan haid. Maka darah yang keluar sebelum umur tersebut tidak dianggap haid.
3. Rahimnya kosong dari anak kerana wanita yang hamil tidak mungkin akan kedatangan haid mengikut jumhur ulamak (kecuali Syafi’ie dan Malik).
4. Hendaklah tempoh kedatangan haid tidak kurang dari tempoh minimanya.
5. Hendaklah kedatangannya tidak melebihi tempoh maksimanya.
6. Hendaklah kedatangannya didahului oleh tempoh suci yang paling pendek (iaitu 15 hari mengikut mazhab Syafi’ie) bagi wanita yang telah biasa kedatangan haid.

Jika darah yang keluar memenuhi syarat-syarat di atas, ia adalah darah haid. Jika tidak, maka ia bukan darah haid tetapi darah istihadhah.

Apakah warna darah haid?

Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu;
1. Hitam
2. Merah
3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
4. Kuning
5. Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam).

Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Aisyah r.a. dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

Bilakah warna kuning dan keruh dianggap haid dan bila pula tidak dianggap haid?

Warna kuning dan keruh hanya dianggap haid pada hari-hari kebiasaan haid. Ini berpandukan kepada hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; para wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”. (Riwayat Imam al-Bukhari)
Adapun selepas hari kebiasaan haid (yakni pada hari-hari suci), maka warna kedua-duanya tidak dianggap darah haid. Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. yang menyebutkan; “Kami tidak menghitung warna keruh dan juga kuning selepas suci (yakni setelah habis haid) sebagai sesuatu (dari darah haid)”. (Riwayat Imam Bukhari dan Abu Daud)

Berapakah umur kemungkinan datangnya haid?

Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie, Hanafi, Hanbali dan kebanyakan ulamak mazhab Maliki); sekurang-kurang umur datangnya haid ialah sembilan tahun. Maka menurut pandangan ini, darah yang kelihatan sebelum sembilan tahun bukan darah haid, tetapi darah penyakit (istihadhah).

Sebahagian ulamak mazhab Maliki berpendapat; jika darah keluar dari kanak-kanak perempuan antara umur 9 hingga 13 tahun, hendaklah keadaannya ditanya kepada kaum wanita atau doktor yang berpengalaman. Jika mereka mengesahkan bahawa yang keluar adalah haid, maka darah itu adalah haid. Jika tidak, maka ia bukan darah haid.

Wanita yang kedatangan haid –jika umurnya telah genap sembilan tahun mengikut pandangan jumhur tadi-, ia dianggap telah baligh dan dituntut melaksanakan kewajipan-kewajipan Syarak. Ia sama seperti kanak-kanak lelaki yang baligh kerana mimpi hingga keluar mani. Bagi kanak-kanak yang tidak bermimpi atau datang haid, umur balighnya ialah 15 tahun, yakni apabila masuk umur 15 tahun, maka mereka dikira baligh sekalipun tidak datang haid atau tidak berlaku mimpi tersebut.

Berapakah umur putusnya haid?

Menurut mazhab Syafi’ie; tidak ada umur tetap bagi putusnya haid. Ia hendaklah dikiaskan kepada ahli-ahli keluarga terdekat bagi seorang wanita dari pihak bapa dan juga pihak ibu seperti ibu-ibu saudara sebelah bapa dan ibu-ibu saudara sebelah ibu. Hal tersebut kerana faktor keturunan. Namun jika perlu untuk dilihat kepada faktor umur, maka Imam Syafi’ie menganggarkan bahawa umur putus haid ialah selepas 62 tahun kerana ia adalah umur kebiasaannya wanita putus haid.

Mazhab Imam Abu Hanifah menetapkan umur putus haid sebagai 55 tahun. Selepas umur tersebut, darah yang keluar tidak lagi dinamakan haid mengikut pandangan yang terpilih dalam mazhab.

Menurut mazhab Maliki pula, umur putus haid dari 50 hingga 70 tahun. Jika darah masih keluar selepas umur 70 tahun, maka ia bukan haid tetapi istihadhah.

Mazhab Imam Ahmad pula menetapkan umur putus haid antara 50 hingga 60 tahun.antara dua tempoh ini merupakah tempoh syak di mana jika seorang wanita melihat darah semasa tempoh ini, maka ia tidak boleh berhenti dari ibadah sebagai langkah ihtiyat (berhati-hati) dan keluar dari khilaf. Namun jika umurnya genap 60 tahun dan darah masih keluar, maka darah yang dilihatnya bukan darah haid, tetapi istihadhah.

Apa yang perlu dilakukan oleh wanita yang telah putus haidnya?

Wanita yang telah putus haid, ia hendaklah bertindak sebagai perempuan yang suci sepanjang masa sama ada dari segi ibadah atau hukum-hakam yang lain. Dalam masalah eddah pula, ia hendaklah bereddah mengikut bulan, bukan mengikut bilangan haid atau bilangan suci lagi. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya dalam surah al-Talaq, ayat 4.

Adakah perempuan mengandung ada kemungkinan datang haid?

Para ulamak berikhtilaf dalam masalah ini;

Menurut jumhur ulamak; perempuan mengandung tidak ada kemungkinan datangnya haid. Maka jika seorang wanita melihat darah keluar melalui farajnya semasa ia sedang mengangdung, darah itu bukan darah haid, tetapi darah penyakit.

Namun menurut Imam Syafi’ie, Malik dan al-Laits; perempuan mengandung ada kemungkinan datangnya haid. Menurut mereka; jika perempuan yang mengandung itu mendapati darah keluar dari farajnya dan keluarnya menepati hari-hari kebiasaan haidnya serta kelihatan ciri haid pada darah tersebut, maka darah itu adalah darah haid.

Berapa lamakah tempoh paling singkat berlakunya haid dan berapa pula tempoh paling panjang atau paling lama? 

Dalam menentukan tempoh paling singkat dan tempoh paling panjang bagi haid, para ulamak berbeza pandangan;

1. Menurut Imam Syafi’ie, Atha dan Abu Thur; tempoh haid yang paling singkat ialah sehari semalam (yakni 24 jam) secara berterusan.[2] Tempoh kebiasaan wanita kedatangan haid ialah selama enam atau tujuh hari. Adapun tempoh paling panjang bagi haid ialah lima belas hari. Maka berdasarkan pandangan ini; jika darah yang datang kurang dari sehari semalam atau melebihi lima belas hari, maka ia bukan darah haid tetapi darah penyakit atau istihadhah.

2. Bagi Imam Abu Hanifah dan as-Sauri pula; tempoh haid paling singkat ialah tiga hari dan tempoh paling panjang ialah 10 hari.

3. Mengikut Imam Malik pula, tidak ada batasan bagi tempoh haid yang paling singkat, yakni ada kemungkinan haid datang sedetik sahaja. Adapun tempoh paling panjang, terdapat tiga riwayat dari beliau iaitu; 15 hari, 17 hari atau tiada batasan.

4. Menurut Imam Ibnu Taimiyyah; tidak perlu ditentukan tempoh paling singkat bagi haid dan juga tempoh paling lama baginya, akan tetapi dikira apa yang telah tetap menjadi kebiasaan bagi seorang wanita maka itulah tempoh haid baginya sekalipun tempoh itu kurang dari sehari atau lebih dari 15 hari atau 17 hari. Begitu juga tidak ada had bagi umur paling bawah untuk kedatangan haid dan juga umur paling lama/paling hujung. Sama juga, tidak ada had bagi sekurang-kurang masa suci antara dua haid. Menurut beliau lagi; bagi perempuan yang mula-mula kedatangan haid (مبتدأة), maka dikira/dihitung sebagai haid darah yang ia lihat selagi ia tidak menjadi mustahadhah (yakni perempuan yang kedatangan istihadhah iaitu darah yang keluar bukan pada masa yang sepatutnya). Begitu juga, perempuan yang berubah kebiasaan hari-hari haidnya (yakni hari-hari kebiasaan haidnya berubah sama ada bertambah atau berkurang atau bertukar pada hari-hari yang lain), maka perubahan itu adalah dikira haid sehinggalah ia mengetahui bahawa darah yang keluar itu bukan haid, tetapi istihadhah kerana darah yang keluar berterusan tanpa henti.

Suci di antara hari-hari kebiasaan haid; adakah dianggap haid atau tidak?

Dalam persoalan ini terdapat khilaf di kalangan ulamak;

a) Mazhab Syafi’ie dan Abu Hanifah berpendapat; suci yang berlaku pada hari-hari haid dikira sebagai haid. Oleh demikian, jika seorang wanita mendapati satu hari keluar darah dan satu hari berikutnya suci (di mana ia mengetahui suci itu sama ada dengan keringnya darah atau dengan ia meletakkan kapas dan tiada kesan darah haid pada kapas), kemudian hari berikutnya datang semula darah, maka menurut pandangan ini keseluruhan hari adalah haid.

Berkata Imam Khatib as-Syirbini dalam al-Iqna’; “Suci antara darah-darah sama ada dalam tempoh minima haid (iaitu sehari semalam) atau lebih adalah dikira haid kerana mengikutinya (yakni mengikuti haid), tetapi dengan beberapa syarat, iaitu;
a) Tempoh suci itu tidak melebihi 15 hari.[3]
b) Darah-darah haid (yang keluar secara keseluruhannya) tidak kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam.
c) Suci itu hendaklah dikelilingi antara dua darah haid”.

b) Mazhab Maliki dan Hanbali pula berpandangan; hari suci antara hari-hari kebiasaan haid adalah dikira suci. Oleh demikian, seorang wanita pada hari suci tersebut hendaklah mandi dan menunaikan solat, harus ia berpuasa, beriktikaf, membaca al-Quran dan tidak ditegah suaminya mensetubuhinya pada hari suci itu.

Apakah larangan-larangan Syarak ke atas wanita yang kedatangan haid?

Wanita kedatangan haid dilarang/diharamkan oleh Syarak untuk melakukan perkara-perkara berikut;

a) Mengerjakan solat
b) Melakukan tawaf
c) Menyentuh mushaf dan membawanya
d) Membaca al-Quran
e) Berhenti atau menetap di dalam masjid (termasuk beriktikaf)
f) Melintasi masjid jika dikuatiri akan mencemarkan masjid
g) Berpuasa
h) Bersetubuh dengan suami
i) Dijatuhkan talak ke atasnya

(*Untuk mendapatkan keterangan lebih terperinci sila baca dalam Bab Hadas yang dikemukakan sebelum ini)

Semua larangan di atas tidak terangkat kecuali setelah mandi wajib melainkan tiga larangan sahaja iaitu; puasa, talak dan melintasi masjid di mana ketiga-tiga larangan ini terangkat sebaik sahaja kering darah haid atau nifas, iaitu tidak disyaratkan selepas mandi barulah perkara-perkara tersebut harus dilakukan.

Bilakah wanita haid dibolehkan mandi wajib?

Bila ia mendapati darah haidnya telah habis, yakni telah kering. Sabda Nabi s.a.w. dalam hadis ‘Aisyah r.a. (mengikut satu riwayat darinya); “Apabila haid kamu telah habis, maka mandilah dan tunaikanlah solat”.

Apakah caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis?

Hendaklah dilakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid atau tidak. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah diharuskan mandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis.

Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).


KES-KES BERKAITAN HAID DI PUSRAPI PAUH JAYA

KES PUTUS HAID DIKATAKAN MENOPOUSE OLEH DOKTOR DI USIA 38 TAHUN TETAPI DENGAN IZIN ALLAH DATANG HAID SEMULA SELEPAS PERAWATAN DI PUSRAPI PAUH JAYA




KES GANGGUAN KITARAN HAID DATANG HAID SEDIKIT KEMUDIAN TIDAK DATANG 2-3 BULAN









KES TIDAK DATANG HAID 3 BULAN DAN DATANG SEMULA SELEPAS MENJALANI PERAWATAN DI PUSRAPI





KES HAID TURUN TIDAK BERHENTI SELAMA 3 BULAN
TURUNNYA SEPERTI AIR PAIP YANG TIDAK BOLEH DITUTUP





KES HAID TAK BERHENTI SELAMA 2 BULAN


JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG MASALAH BERKAITAN GANGGUAN KITARAN HAID ANDA ATAU SEBALIKNYA JOM DAPATKAN PERAWATAN SEGERA DI PUSRAPI KITA IKHTIARKAN PERAWATAN ALAMI UNTUK ANDA

Hubungi Kami untuk info:-
PUSRAPI PAUH JAYA
PUSAT RAWATAN ALHIJAMAH ONEWAHIDA
NO 7-1 lorong PJ 1/2 Taman Pauh Jaya
13700 Perai
Pulau Pinang.
TEMUJANJI RAWATAN SILA HUBUNGI
☎Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195
☎Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195
☎Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195
like kami di fb:-




Friday, December 1, 2017

SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA DARI PUSRAPI PAUH JAYA



SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA












بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

 .
21:107
Allah SWT berfirman: “Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.”    (Surah al-Anbia, ayat 107).
Imam Syafie Rahimahullah berkata: “Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.”

TUJUAN SAMBUTAN


1.    Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.
2.    Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
3.    Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.
4.    Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:
  • Beribadah dan mentaati Allah SWT.
  • Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
  • Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
  • Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
  • Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.
.
33:21
Allah SWT berfirman: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia juga menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang)”   
(Surah al-Ahzab, ayat 21).

AMALAN SUNAT MAULID NABI

Daripada membiarkan hari berlalu begitu sahaja, adalah lebh baik kita melakukan;
1.    Puasa sunat
2.    Mandi sunat
3.    Berziarah ke makam Rasulullah SAW.
4.    Mengerjakan amalan-amalan mulia.
5.    Memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW.
6.    Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat.
7.   Mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan acara-acara seperti:
    • Perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW
    • Syarahan sirah Nabi
    • Forum agama dan perpaduan
    • Marhaban
    • Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
.
.

FADILAT MAULIDUR RASUL


Banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
1.  Berniat hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
2. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud akan diperolehi oleh orang yang mengadakan majlis dan seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu.
3.  Orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan:
  • Menghindarkan kekeringan dan kemarau.
  • Menghilangkan kecelakaan, bala dan penderitaan,
  • Menjauhkan kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian.
  • Memudahkan menjawab soalan-soalan Mungkar dan Nakir apabila mati kelak.
  • Ditempatkan bersama orang-orang yang benar di sisi Allah Subhanahu Wataala.
4.  Rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam akan:
  • Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka.
  • Malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu.
  • Malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang berusaha mengadakan majlis Maulid Nabi SAW itu.
5.  Kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
6.  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”
7.  Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Sesiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”
8.  Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: “Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”
 .
.

والله أعلم بالصواب


Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai’ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa’idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
APAPUN SALAM MAULIDUR RASUL DARI KAMI DI PUSRAPI PAUH JAYA BUAT SEMUA