Powered By Blogger

Friday, January 26, 2018

PUSRAPI PAUH JAYA INFO:- MASALAH KERAP SENDAWA







ANGIN OH ANGIN JANGAN DIBIAR ...
TAKUT BERTAMBAH MELARAT...

                            


Perut senak atau kembung, badan rasa sakit, tidak selesa dan lesu. Masalah angin yang terlalu banyak dalam badan juga boleh menjejaskan kelancaran bekerja yang secara tidak langsung membuatkan seseorang itu tertekan.

Bagi kebanyakan orang, masalah angin ini mungkin bukan gangguan yang menjejaskan hidup. Tetapi bagi sesetengah orang khususnya golongan muda, ia boleh menjejaskan keyakinan diri. Walaupun gejala yang dialami mungkin sama, tetapi punca masalah ini berbeza antara individu.

Semua orang ada angin di dalam tubuh.. tetapi kalau ia hadir menganggu kehidupan dan aktiviti harian datang pula tidak berhenti2 sampai semua rakan sekerja sampai menegur... eh jangan dibiar ia trus berlarutan.

Jom kita kongsi kes angin pelik yang menyerang pesakit kami di Pusrapi Pauh Jaya.
Tu dia kelam sekelam kelamnya angin yang ada. Kelihatan 1 angin yang agak pelik muncul selepas diruqyahkan pesakit.

Tapi ada lagi bukan 1 tetapi banyaaaaaak.... tunggu di episod seterusnya...

Sekiranya anda mempunyai angin yang tidak selesa jom ke Pusrapi Pauh Jaya 





Ada beberapa jenis jenis angin seperti mana yang kita pernah dengar selama ini, sebagai contohnya angin semput, angin enchok, angin pedu, angin ahmar kecuali angin ribut dan angin taufan. Kesemua angin di dalam tubuh itu dikenal dengan bermacam macam nama oleh orang melayu kita dengan tujuan untuk membezakan jenis angin dari satu jenis ke jenisnya yang lain. Ada tujuan menamakan angin angin tersebut supaya mudah dikenali dan disesuaikan dengan jenis ramuan dan ubat yang diperlukan.

Kalau angin yang keluar nie nampak macam muka orang nie nak ubat camana tuh lah nampaknya...
Jom ke Pusrapi ada cara utk keluarkan angin pelik2 nie...

Ramai dari kalangan kita mengalami serangan angin-angin jahat yang amat sukar untuk disembuhkan jika terus menerus asyik makan ubatan kimiawi... jadi caranya bagaimana?

Jom kembali kepada pengubatan nabi pasti ada caranya...

Kepada anda yang ingin berikhtiar buang angin2 tak elok nie jom ke Pusrapi terdekat anda. 




Angin oh angin💨🌪💨🌪💨🌪💨🌪💨
Petanda angin dalam badan:-

1 - Selalu kelesuan , keletihan atau tidak bertenaga walaupun tak buat kerja berat
2 - Selalu rasa kebas, lenguh dan sengal
3 - Tapak tangan / kaki berasa sejuk walaupun bukan musim sejuk
4 - Selalu menguap/mudah mengantuk walaupun sudah cukup tidur
5 - Sukar untuk bernafas atau nafas pendek-pendek / tak puas bernafas
6 - Rasa tegang/ketat di tengkuk dan pinggang, tak keruan
7 - Kulit kering
8 - Sakit kepala atau migrain, selalu denyut-denyut kepala, stress
9 - Perasaan mudah marah, hal kecil pun nak melenting, sikit-sikit nak marah
10 - Hilang selera makan
11 - Hilang/kurang nafsu seks
12 - Ketidakselesaan badan , sebu perut , gelisah
13. Selalu fikir nak mati, pucat
14. Perasaan takut tak bersebab / terketar-ketar / kadang boleh sampai berguling menahan sakit
15. Selalu berdebar-debar tak tahu punca, kadang-kadang berhari-hari juga
16. Semput, badan menggeletar
17. Selalu sendawa walaupun bukan kekenyangan / kentut pun ye jugak
18. Kembung perut, sapu minyak pun tak jalan
19. Senak ulu hati
20. Tiba-tiba nak muntah walaupun bukan simptom alahan mengandung
21. Hidup selalu tak tenang, gelisah dan tak keruan
22. Kalau gastrik, terlalu kenyang tak boleh, terlalu lapar pun tak boleh

Jom ke Pusrapi Pauh Jaya jika ada simptom2 di atas. 

Nanti kami ruqyahkan takut2 ada angin2 pelik duk menerjah di dalam tubuh. 

Berminat utk menjalani perawatan di PPJ hubungi no tertera:- 



Terjahan dari Laman Lab Pusrapi Pauh Jaya ketika menganalisis darah pesakit kali ini menjumpai sesuatu yang berada di dalam darah.. yang menjadi punca angin2 pelik yang keluar ketika kaedah alhijamah di PPJ.

Apapun kita hanya berikhtiar kesembuhan itu tetap milik Allah. 


Jom kurangkan angin2 yang tidak diingini dari bersarang di dalam tubuh dan darah anak Adam. 





Video sesuatu yang berada di dalam darah...
jom saksikan...
Kepada sesiapa yang menderita pelbagai penyakit gangguan jin dan makhluk halus anda disyorkan menjalani kaedah alhijamah agar dapat membantu mengurangkan sakit2 yang ada.
Jangan lupa jom ke Pusrapi terdekat anda untuk kita ruqyahkan dan kita bantu untuk memberikan
tumpuan dibahagian-bahagian sendi anggota tubuh badan .Ini kerana jin duduk didalam darah manusia dan suka melemahkan manusia dan membuat badan seseorang terasa berat,selalu letih dan lesu.Dengan berbekam,anda akan rasa perubahan iaitu badan terasa lebih ringan dan cergas.
Jom ke Pusrapi Pauh Jaya
Gegarkan badan yang menjadi tempat2 persembunyian dan sarang2 angin2 gangguan yang tidak diingini.

LINK KES KAMI:-




MENGATASI MASALAH BANYAK ANGIN DENGAN BERBEKAM
Angin dalam badan – Sendawa tanda banyak angin dalam Badan
Badan Rasa Letih, Sering saki Kepala, hilang selera makan dan demam….
Adakah Ini cuma masalah biasa akibat dari kepenatan atau… Ianya Masalah Angin dalam Badan…Atau ada masalah angin lain dan sebagainya...
Dengan BERBEKAM ia mampu mengatasi masalah angin dalam Badan kerana angin akan keluar bersama darah kotor anda…Insyallah.
Jom terapi masalah angin dalam badan dengan kaedah Terapi Ruqyah Angin Kus-kus di Pusrapi Pauh Jaya.


JOM IKUTI APA KATA PESAKIT KAMI SELEPAS MENJALANI PERAWATAN
SEMBUH ITU MILIK ALLAH






Hubungi kami untuk info;-
PUSRAPI PAUH JAYA
012-5520195





PUSRAPI PAUH JAYA INFO: MASALAH BUAH PINGGANG BOCOR








  



   








MASALAH BUAH PINGGANG BOCOR


Jom kita kongsi apa kata pakar perubatan tentang buah pinggang bocor👇🏻👇🏻👇🏻

Secara umum ramai kurang jelas tentang pelbagai penyakit buah pinggang. Penyakit ini boleh dikategorikan dari segi kerosakan struktur buah pinggang seperti batu karang, sista (cysts), ketumbuhan di buah pinggang (kanser) dan kerosakan fungsi buah pinggang.

Kerosakan fungsi buah pinggang boleh dibahagikan kepada kerosakan fungsi penapis dan fungsi pembuangan bahan kumuh. Bagi kerosakan fungsi penapis buah pinggang, doktor biasanya menggunakan istilah kebocoran buah pinggang. Ini bukan ‘bocor’ seperti pecah. Tetapi kebocoran pada ultra-struktur dalaman buah pinggang atau glomerulus.

Buah pinggang adalah organ di bahagian belakang pinggang. Manusia mempunyai dua buah pinggang di kiri dan kanan dan merupakan organ amat penting untuk memastikan kesihatan anda sentiasa baik. Buah pinggang memainkan peranan penting dalam penapisan bahan tertentu daripada badan (seperti elektrolit dan protein), mengawal keasidan darah dan kandungan cecair badan serta membuang bahan kumuhan.

Pesakit yang dtg di Pusrapi Pauh Jaya kelihatan tidak bermaya naik tangga pun nampak agak perlahan... alhamdulillah sampai jua...

Rupanya mengalami pembengkakan kaki, tidak boleh tidur dah hampir 2 bulan. Lamanya ...
Sakit2 belakang... dan sebagainya.
Alhamdulillah kita ikhtiarkan kaedah pengubatan agung nabi. Kita ruqyah pesakit utk melonjakkan darah2 dan angin2 yang tidak diingi agar keluar pada sesi terapi.

Alhamdulillah muka yang pada mulanya menahan derita sakit nampak keceriaan selepas di terapi. Allahu akbar. Terus hilang sakit2 belakang yg pada mulanya td menderita. Alhamdulillah.

Jika anda ada masalah yg serupa jom kita ikhtiarkan 




Sewaktu sesi keterapian macam2 ledakan yang keluar... kaki yang bengkak keluar bermacam2 lapisan toksid di kaki... sakitnya hanya Allah yang tahu...
Alhamdulillah Allah izinkan keluar yang terpendam... tidur yang dulu ja 2 bln tidak dapat tidur alhamdulillah dah seperti biasa.

Jom ikhtiarkan perawatan yang alami di Pusrapi .
Hubungi kami untuk info perawatan 







Sewaktu analisis darah di Pusrapi Pauh Jaya kelihatan banyak tompokan2 ledakan air di dalam darah... nak kata kolestrol nampak macam bukan kolestrol ... patutlah waktu di terapi di kawasan pembengkakan banyak air yang keluar...
yang warna keunguan tuh panjanglah juga ... jangan ingat kita nie dah hidup tdk ada lagi hidupan yang hidup di dalam darah... tu dah sampai bercolor tuh...

Patutlah nabi kata

Dari Ashim bin Umar bin Qatadah RA, dia memberitahukan bahawa Jabir bin Abdullah RA pernah menjenguk al-Muqni’ RA, dia bercerita: “Aku tidak sembuh sehingga aku berbekam,kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya didalamnya terkandung kesembuhan’.” (HR. Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Ya’la, al-Hakim, al-Baihaqi)

. Dari Abdullah bin Mas’ud RA yang berkata: Rasulullah SAW suatu ketika bercerita tentang malam ketika beliau di isra’kan, bahawa beliau tidak berlalu pada satu kelompok malaikat pun kecuali mereka menyuruh beliau dengan mengatakan, “wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu untuk berbekam.” (Shahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh al-Albani (II/20), hasan gharib).

Jika pada sesuatu yang kalian pergunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah berbekam (Shahih Sunan Ibnu Majah, karya Syaikh Al-Albani (II/259), Shahih Sunan Abu Dawud, karya Syaikh Al-Albani (II/731)).

Banyaklah lagi hadis2 tentang bekam nie,
Cuma kami di Pusrapi masih mengkaji apa lagi yang ada di dalam ilmu Allah yang Maha Luas ini tentang hidupan dan darah2 hambanya yang bergelar insan.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang darah anda jom analisis darah di Pusrapi . 





Jom kita kongsi apa kata pesakit kami yang telah menjalani perawatan di PUSRAPI. 










Berusahalah berikhtiar walau apa sekali pun sakit yang ada selagi tidak melanggar syariat agama. 

Cuma kaedah pengubatan ini banyak cuma saya dapat simpulkan kaedah metode pengubatan nabi ini berbagai cara dan kaedah:-


بسم الله الرحمن الرحيم

Metoda Pengobatan Nabi Muhammad SAW

1. Ruqyah
Ruqyah merupakan salah satu cara pengubatan yang pernah diajarkan Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammmad SAW. Ketika Rasullullah sakit maka datang Malaikat Jibril mendekati tubuh beliau yang sangat indah kemudian Jibril membacakan salah satu doa sambil ditiupkan ketubuh Nabi, seketika itu Beliau sembuh.inilah doanya ” BismIlahi arqiika minkulli syai-in yu’dziika minsyarri kulli nafsin au-ainiasadin Alloohu yasyfiika bismIlahi arqiika “

Tiga cara Ruqyah Nabi :

A. Nafats.
Nafats yaitu membaca ayat Al Qur’an atau doa kemudian ditiupkan pada kedua telapak tangan kemudian diusapkan keseluruh badan pasien yang sakit. Dalam satu riwayat bahwasanya Nabi Muhammmad SAW apabila beliau sakit maka membaca “Al-muawwidzat” yaitu tiga surat Al Qur’an yang diawali dengan kata ” A’udzu “ Yaitu : surat An Nas, Al Falaq dan Al Ikhlas kemudian ditiupkan pada dua telapak tangannya lalu diusapkan keseluruh badan.

B. Air liur yang ditempelkan pada tangan kanannya.
Di riwayatkan oleh Bukhari-Muslim : Bahwasanya Nabi Muhammad SAW apabila ada manusia terguris kemudian luka, maka beliau membaca doa kemudian air liurnya ditempelkan pada tangan kanannya, lalu diusapkan pada luka orang itu.Inilah doanya.“ALLAHUMMA ROBBINNAS ADZHABILBAS ISYFI ANTASY-SYAFII LAA SYIFA-A ILLA SYIFA-UKA LAA YUGODIRU SAQOMAN “.

C. Meletakkan tangan pada salah satu anggota badan.
Nabi Muhammad SAW pernah memerintahkan Utsman bin Abil Ash yang sedang sakit dengan sabdanya: ” Letakkanlah tanganmu pada anggota badan yang sakit kemudian bacalah “Basmalah 3x dan A’udzu bi-izzatillah waqudrotihi minsyarrima ajidu wa uhajiru 7x”

2. Doa Mukjizat

Banyak do’a-do’a untuk kesembuhan yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umat-Nya: Nanti kita kongsi sesi lain.
3. Dengan Memakai Madu.
Rasulullah menggunakan madu untuk mengubati salah satu keluarga shahabat yang sedang sakit .Dalam satu riwayat, ada sahabat datang kepada Nabi SAW memberitahukan anaknya sedang sakit, kemudian Nabi menyuruh orang itu meminumkan madu asli pada anaknya sambil membaca doa.

4. Bekam

Bekam adalah penyembuhan dengan jalan membuang darah kotor (racun yang berbahaya) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Apabila rutin melakukannya insya Allah akan memberikan impak positif dalam upaya pencegahan penyakit dalam rangka menjaga kesihatan.


Ok semua ada di PUSRAPI. ok nak tahu lebih lanjut JOM HUBUNGI KAMI UNTUK INFO.
PUSRAPI PAUH JAYA
012-5520195



 https://www.facebook.com/TerapiAlhijamahBekamDiPulauPinang/


PUSRAPI PAUH JAYA:- BEKAM KES GANGGUAN ANGIN2 JAHAT PUSRAPI PAUH JAYA TERAPI RUQYAH





HENTIKAN HIDUP DI DALAM MISTERI CERIAKAN HIDUP KEMBALI


Pelbagai masalah kesihatan ada di dalam kehidupan kita hari ini. Pelbagai masalah Menyerang kita tidak mengira usia muda mahupun lanjut usia. Justeru itu, kita mestilah utamakan apa yang utama. ITULAH REALITI YANG KITA HADAPI HARI INI termasuk kita semua BERTINDAK Bijak untuk Kesihatan Diri dan insan tersayang. Memperkenalkan rawatan keterapian alami di PUSRAPI PAUH JAYA membantu mengembalikan aura badan agar kembali sihat dan merungkai misteri2 yang tersembunyi di dalam anggota insan bergelar manusia ciptaanNya.


Inilah peluang buat kita semua mengenal masalah yang dihadapi agar dapat merungkai misteri2 yang tersembunyi di dalam aura tubuh yang bermasalah dan menderita.


Apa tunggu lagi temui kami di PUSRAPI PAUH JAYA untuk ikhtiarkan keterapian lebih alami dan dapat membantu ke arah KESIHATAN YANG LEBIH BAIK.


FB: PusatrawatanAlHijamahOnewahida
FB:PUSRAPI PAUH JAYA
7-1 lORONG pj 1/2,
TAMAN PAUH JAYA,
13700 PERAI,
PULAU PINANG.


"MENCARI SEMBUH BERPANJANGAN DAN DIREDHOI"









PUSRAPI PAUH JAYA INFO:- KES KELETIHAN MELAMPAU









KES KELETIHAN MELAMPAU


Keletihan merupakan satu kebiasaan yang dihadapi oleh semua individu tidak kira dari kanak-kanak sehingga ke orang tua. Anak kecil selalunya letih disebabkan kerana banyak bermain, orang dewasa pula letih kerana aktiviti harian tidak kira di rumah atau di pejabat. Golongan tua biasanya mengalami keletihan kerana faktor usia.
Faktor Yang Menjadi Penyebab Badan Letih Tidak Bermaya
1) Dehidrasi
Dehidrasi atau kekurangan air dalam tubuh akan menyebabkan kita berasa letih dan mudah mengantuk. Tidak kiralah sama ada kita melakukan aktiviti fizikal atau hanya duduk di atas kerusi, air merupakan keperluan harian yang tidak boleh diabaikan. Rasa dahaga adalah petanda badan telah mengalami dehidrasi.
2) Tidur Yang Tidak Mencukupi
Jumlah tidur harian yang disarankan ialah selama 7-8 jam. Namun, kadang-kadang, agar sukar mendapat jumlah tidur yang sebegitu lama. Pastikan tidur berkualiti. Disarankan tidur sebelum pukul 12 tengah malam. Sebaik-baiknya antara pukul 10 dan ke atas. Boleh 4-5 atau 5-6 jam pun dah ok.
3) Kafein Yang Berlebihan
Kafein yang sederhana akan membantu kita untuk berasa segar dan meningkatkan konsentrasi. Namun, kajian menunjukkan, terlalu banyak kafein akan menyebabkan kita menjadi lemah. Di samping itu akan meningkatkan kadar dengupan jantung dan meningkatkan tekanan darah.
Oleh itu, kurangkan kebergantungan terhadap kopi (kafein) secara perlahan-lahan. Sekiranya dilakukan secara mendadak, badan kita akan menjadi semakin lemah.
4) Anemia (Kekurangan Darah Merah)
Anemia ni sering berlaku di kalangan wanita yang kedatangan haid setiap bulan serta wanita hamil ekoran demand keperluan darah merah yang semakin meningkat.
Di antara simptom anemia ialah rasa lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar serta kelihatan pucat. Sekiranya mendapati diri kita mempunyai petanda tersebut, sila dapatkan pemeriksaan segera agar diri kita tidak berada di dalam risiko.
Zat besi sangat penting dalam penghasilan darah merah. Darah merah pula sangat kritikal kerana berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh organ dalam badan. Sumber makanan yang kaya Zat Besi ialah daging merah, sayuran berdaun hijau, bayam dan kekacang.
5) Kekurangan Tenaga
Tubuh akan mengalami kekurangan tenaga apabila kita tidak cukup makan, melakukan diet yang berat atau makan makanan yang tidak simbang dan berzat.
Bila paras glukosa dalam darah rendah, kita akan menjadi lemah dan berkemungkinan besar boleh mengalami pitam.
6) Tekanan Emosi
Apabila mengalami tekanan emosi, seseorang itu memang akan kelihatan sangat stress (tertekan) serta depress (murung) secara luarannya. Namun, tekanan emosi yang melampau boleh menganggu kesihatan fizikal. Lemah, sakit kepala serta hilang selera makan merupakan antara simptom tekanan emosi.
NAMUN SIMPTOM PESAKIT KAMI INI BUKAN SEPERTI DI ATAS...
Kita cuba ikhtiarkan apakah punca2 kepenatan yang pelik yang sering mengganggu kehidupan beliau... kerana sering melihat kelibat2 di dalam bilik. Angin apakah yang ada pada tubuh beliau ketika di terapi... kekadang beliau terasa berat nak melakukan sesuatu... balik kerja ja terkelepek pelik dari orang lain katanya...
Apapun kami di Pusrapi Pauh Jaya cuba ikhtiarkan keterapian yang terbaik buat pesakit.
Kepada anda yang mempunyai masalah yang hampir sama jom kita buang angin2 kus2 di dalam badan daripada biarvdia bersarang terlalu lama.



Di dalam darah pesakit keletihan melampau byk juga tompokan hitam yang kelihatan ... jom kita pecahkan penempatan2 nya di dalam darah.
Kita keluarkan angin2 dan darah2 kotor yang menjadi penempatan makhluk2 yang tidak diingini di dalam darah.
Apapun sakit yg ada kita ikhtiarkan perawatan yang alami buat pesakit.

Jadi kpd anda yang ingin mengetahui apakah punca sakit2 yg ada jom analisis darah di Pusrapi Pauh Jaya.
Hubungi kami untuk analis darah dan keterapian di Pusrapi.
 
                                        


                                          
LINK KES INI:

https://www.facebook.com/TerapiAlhijamahBekamDiPulauPinang/photos/a.231174340373568.1073741829.103946579763012/926670357490626/?type=3&theater





Tak best betul bila badan lesu, lemah, rasa berat & tak bermaya kan??
Kalau camtu, KAMI DI PUSRAPI PAUH JAYA ada cara untuk atasi badan lesu & lemah. Bila badan sihat dan ceria, bertenaga & cergas semua benda pun berjalan lancar.

JOM KITA IKUTI PERKONGSIAN PESAKIT KAMI DI PUSRAPI PAUH JAYA.



Jika anda ingin atasi masalah badan lesu & lemah JOM TERAPI DI PUSRAPI PAUH JAYA