Powered By Blogger

Thursday, February 15, 2018

PUSRAPI PAUH JAYA INFO:- MASALAH SAKIT BELAKANG DAN KEBAS TANGAN






MASALAH SAKIT BELAKANG DAN KEBAS TANGAN 


Sakit belakang adalah penyakit yang sering dihidapi. Setiap orang akan mengalami sekurang-sekurangnya satu episod sakit belakang sewaktu hayatnya. Sakit belakang adalah antara masalah yang menyebabkan seseorang berjumpa pakar perubatan. Kekadang kita hanya membiarkannya sahaja atau sering dan kerap mengurut badan.

Rasa sakit-sakit atau ketidakselesaan di bahagian belakang atau berhampiran pinggang pasti menyebabkan individu itu tidak selesa dan sukar untuk melakukan tugas serta rutin harian.

Bagi mencegah rasa sakit pada bahagian belakang ini jom kita rawat dengan kaedah alami dan keterapian k pop- k pop di Pusrapi... pasti anda akan merasai keselesaannya...

Cuba dulu baru taw.. 

Untuk tahu lebih lanjut mcamna perubatan yang kami buat kaedah k- pop2 tu hubungi kami di talian tertera atau datang ke Pusrapi terdekat anda...


Angin2 Sakit Belakang Selama Ini Ku Pendam 


Masalah sakit belakang menjadi kekerapan terjadi kepada ramai orang. Pelbagai faktor menjadi penentu kepada masalah ini termasuk kedudukan postur badan, pemakanan yang tidak sihat dan lain-lain.

Sekiranya tidak dirawat dengan cepat maka masalah akan menjadi lebih teruk lagi seperti masalah angin, keletihan yang kronik, sembelit, cirit birit, hernia, masalah kencing atau sakit ketika kencing, pundi kencing bermasalah, masalah haid, kekejangan, kencing malam, sakit lutut, sakit saraf sciatic, sakit pinggang, kaki kebas, pengaliran darah yang tidak lancar di kaki, sakit tulang keting, buku lali bengkak dan kaki sejuk.

Nak tahu cara terpantas penyembuhan sakit2 belakang jom terapi di Pusrapi kita Ruqyahkan pesakit agar keluar angin2 yang bersarang di dalam tubuh... dengan kaedah nabi salah satu dari teknik penyembuhan terpantas...

Tahukah kita bahawa:-
Bekam - Amalan berbekam merupakan peninggalan Nabi Muhammad s.a.w. untuk umat Islam. Khasiat dan kebaikannya sangat banyak dan boleh menjadi satu rawatan dalam merawat masalah sakit belakang. Titik bekam di pinggang dan di pinggul berkesan dalam merawat masalah kejang badan, sakit pinggang dan pinggul. Bagi pesakit yang mengalami masalah sakit belakang yang kronik atau terlalu lama kemungkinan darah bekam yang keluar amat banyak. Gabungan rawatan (k- pop )Gerakan Syifa di Pusrapi dan bekam darah menjadikan rawatan bekam ini lebih berkesan. Nak tahu mcamana km buat jom ke Pusrapi terdekat anda.

Macam2 angin pesakit yg telah kita saksikan. Nak tahu lebih lanjut angin2 anda jom rawat di Pusrapi. 





MASALAH KU KEBAS DAH 5-6 TAHUN


Ramai daripada kita tentunya selalu mengalami rasa kebas di bahagian jari, tangan dan kaki bukan? Kadang setelah lama duduk bersila, masa akan berdiri kaki kita tak boleh digerakkan dan rasa kebas. Begitu juga ketika tertidur tak sengaja anda mengiring ke kanan dan meletakkan tangan dibawah pipi setelah bangun tangan itu akan terasa kebas. Masalah kebas ini boleh terjadi dimana-mana bahagian badan kita. Namun selalu berlaku di bahagian tangan, jari dan kaki. Kebas adalah keadaan dimana seseorang mengalami rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaaannya disebabkan oleh irritasi saraf terhimpit. Seperti penyakit lainnya, kebas ini menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka yang aktif dan bekerja setiap hari.

Tanda atau Simptom Punca Kebas Tangan

👉Jari yang biasa rasa kebas ialah pada semua jari kecuali jari kelingking

👉Bertambah rasa kebas bila pegang lama sesuatu barang seperti telefon, , memegang stereng kereta, surat khabar, jarum dan biasanya berlaku bila bangun tidur

👉Pesakit biasanya akan rasa kesakitan bermula pada sendi pergelangan tangan hingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari. Ia berlaku apabila menggunakan tangan tanpa henti atau menggunakannya dengan kuat.

👉Rasa kebas tangan ini boleh sebabkan kita rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang kita pegang terjatuh. Tiada daya untuk bertahan pegang.

Bagaimana caranya utk menghilangkan rasa kebas2 tu..

Jom ke Pusrapi kita ikhtiar perawatan luar dan dalam... kita rungkaikan sakit2 kebas yang ada berpunca dari apa..






JOM KITA DENGARKAN PERKONGSIAN KES SAKIT BELAKANGKU DAN KEBAS SUDAH LAMA

Apabila mengalami sakit belakang, bahagian belakang badan (terutamanya bahagian bawah) akan terasa sakit dan tak selesa jom cepat2 kita ikhtiarkan perawatan sebelum lebih teruk lagi. JOM KE PUSRAPI terdekat anda.

JOM KE PUSRAPI


PUSRAPI PAUH JAYA
PUSAT RAWATAN ALHIJAMAH ONEWAHIDA
NO 7-1 lorong PJ 1/2 Taman Pauh Jaya
13700 Perai
Pulau Pinang. 

TEMUJANJI RAWATAN SILA HUBUNGI

Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195
Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195
Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195




PUSRAPI PAUH JAYA INFO:- MASALAH SUKA MARAH



   

Masalah Suka Marah dan Melenting


Marah merupakan suatu bentuk emosi yang memang lumrah atau alami ada pada setiap manusia, namun wujudnya berbeza-beza. Secara istilah, اَلْغَضَبُ berarti perubahan emosi oleh kekuatan untuk menghilangkan perasaan tidak nyaman dan gemuruh di dada. Marah boleh membuatkan seseorang berbuat kekerasan terutama bagi mereka yang tidak memiliki kontrol emosi yang baik hingga menyebabkan apa yang diartikan sebagai kemarah yang tak bisa lagi dibendung (amat sangat marah).

Marah ada batasnya.. dan marah ni macam2 jenis tahap dan tingkatan . Marah ada baik dan buruknya. Namun kalau kerap marah pun bahaya juga. Jom kita kongsikan kes kali ini. Apa yang ada.

Marah yang boleh menyebabkan akibat tidak baik tentu adalah marah yang berlebihan. Marah yang berlebih tidak hanya merugikan diri sendiri tapi juga orang lain. Efek marah bahkan bisa langsung menampakkan kesan pada tubuh kita sendiri baik nampak dalam jangka pendek mahupun jangka panjang. Marah berlebih juga boleh menimbulkan berbagai macam penyakit yang tentu akan sangat merugikan.

Apapun jom kita rawat angin2 marah yang ada. 


Macam2 pusingan yg kami jumpai.. 

Masalah angin2 yang berpusing2 , angin2 terpendam yang sukar keluar yang menghimpit emosi dan perasaan. 
Jom kita lihat kesan gatal2 yg terlalu lama sehingga kan menghitam di kawasan yang bermasalah. 

Apapun kita ikhtiarkan kesembuhan buat pesakit ini mudahan allah ringankan segala beban yang ditanggung. 



PATUTLAH SIKAPKU SELALU MARAH-MARAH APA YANG ADA SEBENARNYA DALAM DARAHKU



Pesanan Rasulullah S.A.W “Jangan marah”
Rasulullah bersabda bermaksud:
“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).”

Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF dan bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal.

Cara menghilang rasa marah,

Ubah Posisi Kedudukan Anda
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang antara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)

Berwuduk

Rasulullah SAW bersabda; "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud)

Wah dalam darah membaranya kemerahan banyak pula tu.. ada pula wajah misteri dalam tuh. 

Patutlah nabi ajar لا تغضب jangan marah... ada rahsia disebalik yg kita tidak tahu.

Itu perjumpaan kami di dalam darah pesakit yg sering marah2. 

Jadi jom kita buang angin2 dan membaranya api kemarahan buang yg tidak di ingini tempat diamnya di dalam darah2 insan. 








Jom kita saksikan video apa yang telah kita temui di dalam darah pesakit ini.
Merah saga.....لا تغضب kata nabi.
Jangan biarkan hidup anda di dalam misteri. 





JANGAN BIARKAN MARAH KERAP MENGHANTUI HIDUP ANDA


RASULULLAH SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk" (Hadis Riwayat Abi Daud) .
Imam al-Ghazali berkata: Ahli ilmu berpendapat bahawa berlakunya sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan. Ini bermakna orang yang suka marah bererti telah mengikat persahabatan dengan syaitan.
Sebab itu, ketika berdepan dengan orang yang sedang marah, kita disarankan untuk berwuduk dan mengerjakan solat sunat. Keadaan itu mampu melegakan keadaan kerana air yang digunakan berwuduk itu mampu meredakan kemarahan.
Doa Menghilangkan Rasa Marah
اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذَنْبِىْ وَاذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِىْ وَاَجِرْنِىْ مِنَ الشَّيْطَانِ
Ertinya :
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kemarahan hatiku dan selamatkanlah aku dari kejahatan syaitan.
**********************************************************************
Sifat marah atau panas baran ada dalam setiap diri seseorang. Namun ia bergantung kepada sejauh mana seseorang itu dapat mengawal perasaan tersebut. Orang yang bersikap panas baran sebenarnya sedang berdepan dengan syaitan. Syaitan yang sedang mengapi-apikan dirinya supaya bertindak lebih ganas. Jadi elakkan api kemarahan itu dengan meminum sedikit air serta berdoa.
Sifat marah atau panas baran ada dalam setiap diri seseorang. Namun ia bergantung kepada sejauh mana seseorang itu mengawal.
"Orang yang bersikap panas baran sebenarnya sedang berdepan dengan syaitan. Syaitan yang sedang mengapi-apikan dirinya supaya bertindak lebih ganas.
"Jadi elakkan api kemarahan itu dengan meminum sedikit air.
"Walaupun sedikit ia mampu mengurangkan api kemarahan yang sedang membara itu.
"Malah dalam Quran sendiri memberitahu air adalah kepada penawar yang menyembuhkan segala penyakit.
"Selain itu, kita juga disaran untuk mengubah posisi diri ketika sedang dalam keadaan marah.
"Keadaan itu juga mampu meredakan keadaan yang tengah membara itu.
Sebab itu apabila kita marah, kita perlu cepat-cepat memperingati Allah dengan beristighfar. Yang paling baik bersolatlah bagi mengelakkan keadaan semakin serius. Keadaan itu sekali gus mampu mengurangkan api kemarahan yang ada pada diri seseorang itu. .
Tidak dinafikan semua orang mempunyai sifat marah apabila ada sesuatu yang tidak kena, namun dalam Islam sendiri kita perlu mengawasi tindakan tersebut bagi mengelakkan daripada terus berlarutan.
Mudahan perkongsian kami di Pusrapi ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Jom analisis darah di Pusrapi membongkar rahsia ilmu Allah di dalam tubuh manusia.



Jom ke Pusrapi kita ikhtiarkan perawatan agung agar tenang emosi tubuh.

Hubungi kami utk info:-

PUSRAPI PAUH JAYA
PUSAT RAWATAN ALHIJAMAH ONEWAHIDA
NO 7-1 lorong PJ 1/2 Taman Pauh Jaya
13700 Perai
Pulau Pinang.

TEMUJANJI RAWATAN SILA HUBUNGI

Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195
Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195
Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195





https://www.facebook.com/TerapiAlhijamahBekamDiPulauPinang/