Powered By Blogger

Sunday, January 21, 2018

PUSRAPI PAUH JAYA INFO:- KES SESAK NAFAS SETELAH BERHENTI MEROKOK









MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN


TIADA LAGI MASALAH SESAK NAFAS SETELAH BERHENTI MEROKOK

🚬🚬🚬🚬

Seorang pesakit telah datang ke pusrapi pauh jaya mengadu mengalami masalah sesak nafas, fikiran menjadi runsing, sakit kepala, sakit dada dan sebagainya kerana telah berhenti terus merokok setelah hampir 20 tahun lebih menjadi perokok tegar. 

Macam2 yang telah terjadi ke atas diri pesakit .. tidur mlm tak keruan , resah gelisah dan sebagainya. Setelah masuk keluar hospital mengatakan tiada masalah apa2 walaupun diri menderita sakit akhirnya mencuba ikhtiar rawatan alternatif di Pusrapi.

Akhirnya 1 perubahan yang tidak beliau sangka. Allah izinkan kesembuhan buat beliau. Sehinggakan isterinya datang menceritakan kpd penterapi pd sesi seterusnya...

“ Ya Allah ustazah rawatan apa ni ustazah buat mcm ajaib sungguh, balik lepas rawatan mcm kutil tauk buang”... sakit2 yg duk alami selama ni dah t mcm dulu , tdk mcm org tak keruan jdnya, tdur t senang, sakit dia klau tgok pun pening km memikir apa lg nak buat... tup2 blik dr perawatan sakit2 yg duk tgok dia tu mcm dah t der dah...” saya pun teringin aih nak buat juga , kata isterinya.

Isterinya tdk dtg pd sesi pertama kerana ada hal, pesakit dtg bersama adiknya.

Alhamdulillah ada pasai tuh jd mcm tu tak pa kita rawat. Alhamdulillah Allah izinkan sembuh.

Apa pun km di Pusrapi hanya ikhtiarkan sahaja. Kesembuhan itu tetap milik Allah jua. 





Bukan senang nak tinggal sesuatu yang dah berpuluh tahun duk beramal... tetapi atas tekad yang mendalam pesakit kami nak berubah 💪🏻💪🏻💪🏻akhirnya menemui jalan ... 🙇🏻‍♀️🙇🏽‍♂️

Namun setelah tekad 🙋🏻‍♂️berhenti datang pula dugaan sakit yang tidak keruan bisa merunsingkan 🙆🏻‍♂️seluruh anggota badan dan insan2 🙆‍♀️tersayang di sisi. 
Namun Allah menemukan kaedah yang tidak pernah disangka bleh menyelamatkan keadaan. Semuanya atas izinNya. DariNya datang sakit dan dariNya jua ada pengubatan untuk menghilangkan derita sakit yang ditanggung.

Nantikan kes ini apakata beliau setelah menjalani perawatan di sini.

Apapun sakit yang ada jom kita ikhtiarkan rawatan luar dan dalam di Pusrapi. 




Jom kita kongsi kes tekad berhenti MEROKOK...
Alhamdulillah Allah izinkan sembuh buat beliau...setiap sakit pasti ada jalan ikhtiarnya. 
Jom ikhtiar di PUSRAPI.

dengarkan apa kata beliau:-





Bahaya Merokok

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.
Berhenti Merokok
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Sayangkan Jantung Anda
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
MetanolBahan Api
NitrobenzenaGasolin
Karbon MonoksidaAsap kereta
ButanaCecair pemetik api
RaksaLogam dalam jangka suhu
Vinil KloridaBahan utama plastik
ToulenaPelarut industri
AmmoniaPencuci lantai
ArsenikRacun tikus
KadmiumBahan utama bateri alkali
StearikBahan utama dalam lilin
SianidaRacun berbisa


Hubungi kami untuk info pengubatan:-

Pusrapi Pauh Jaya
012-5520195 / 04-3901500
Pusat Rawatan Alhijamah Onewahida
No 7-1 Lorong Pj 1/2 Taman Pauh Jaya
13700 Perai
Pulau Pinang.

untuk info kes

https://www.facebook.com/TerapiAlhijamahBekamDiPulauPinang/photos/a.231174340373568.1073741829.103946579763012/940696089421386/?type=3&theater




https://www.facebook.com/TerapiAlhijamahBekamDiPulauPinang/