#tips_merawat_diri #030
#Ciri_ciri #TOK_BOMOH atau #USKUN (ustaz dukun)
Macam mana nak kenal pasti perawat tu bomoh atau patuh syariah?
Baca. Dan hati-hati. Kalau salah pilih, makin padah / tambah penyakit adalah.
Bomoh pun ramai yang berlindung di sebalik title "Ustaz"
Antara yang pernah diceritakan oleh mangsa:
- Guna khadam/pendamping/sahabat/jenglot
- Kena raba/liwat
- Lelaki merawat wanita secara berdua-duaan dan di tempat yang tertutup
- meminta pengeras sehingga beribu2
- Diminta membawa pulang sesuatu untuk diletak di rumah/ditanam, last2 rumah makin menyeramkan
-memberi JAMINAN sembuh, sedangkan yg menyembuhkan hanya lah Allah swt. Perawat hanya berusaha dan berikhtiar sebaik mungkin, hanya allah swt yg menyembuhkan
JAUHI BOMOH SEJAUHNYA DALAM SEGALA HAL
Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebinarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
ู
َْู ุฃَุชَู ุนَุฑَّุงًูุง َูุณَุฃََُูู ุนَْู ุดَْูุฆٍ َูุตَุฏََُّูู ุจِู
َุง َُُูููู ، َูู
ْ ุชُْูุจَْู َُูู ุตَูุงَุฉٌ ุฃَุฑْุจَุนَِْูู َْููู
ًุง
Barangsiapa yang mendatangi /tukang tilik untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membenarkan apa yang bomoh/tukang tilik itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( HR Muslim )
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :
ู
ََู ุฃَุชَู َูุงًِููุง َูุตَุฏََُّูู ุจِู
َุง َُُْูููู ََููุฏْ ََููุฑَ ุจِู
َุง ุฃُْูุฒَِู ุนََูู ู
ُุญَู
َّุฏٍ (ุตََّูู ุงُููู ุนََِْููู َูุณََّูู
َ )
Barangsiapa yang mendatangi bomoh/tukang tilik lalu ia mempercayai apa yang bomoh/tukang tilik itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( HR Abu Daud )
ANTARA CIRI CIRI TOK BOMOH ATAU USKUN
1) Menggunakan tangkal dan azimat
Tidak syak lagi mereka menggunakan tangkal dan azimat sebagai membenteng diri, keluarga harta benda kepada pesakit
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Abdullah bin Mas’ud radhiallahu 'anhu, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam mengisyaratkan tentang azimat dan hukumnya. Kata Ibnu Mas’ud: Aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
ุฅَِّู ุงูุฑَُّูู َูุงูุชَّู
ุงَุฆِู
َ َูุงูุชََِّููุฉَ ุดِุฑٌْู
“Sesungguhnya jampi-jampi, azimat-azimat, dan guna-guna adalah syirik.” (HR. Imam Ahmad di dalam Musnad 1/381, Abu Daud di dalam Sunan-nya 7/630, Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak 4/217, 418, At-Tabrani di dalam Al-Kabir 10503, dan Al-Baihaqi di dalam Sunan Al-Kubra 9/350)
2) Menggunakan khidmat jin
Jin islam mahupun jin kafir tetap tidak boleh digunakan khidmatnya. Ada yang mengatakan tidak mengapa kerana jin nya islam, tapi persoalan nya adakah ia benar?
Jin islam juga seperti manusia ada yang jahat ada juga yang baik tetapi kebanyakan nya lurus kerna tertipu dengan manusia.
Allah berfirman:
Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. (Al-Jin: 6).
dan ada pula mengatakan kami hanya mengikuti seperti nabi sulaiman, bagaimana pula jika begini?
saya menyangkal dakwaan ini kerana nabi sulaiman sudah pun berdoa
Sulaiman berkata: “Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi”. (Shad (38): 35)
hanya nabi sulaiman sahaja yang dapat melakukan nya dan ia syariat nabi sulaiman dan bukan nabi muhammad s.a.w yang sepatut nya kita ikut
3) Meminta pengeras atau syarat tertentu utk pengubatan
Pengeras bukan lah sesuatu yang pelik seperti doktor mengambil upah mengubat orang, akan tetapi kalau diminta pengeras yang PELIK atau MENYUSAHKAN pesakit seperti darah ayam hitam, kambing hitam, al - quran, pulut kuning, syilling 20sen dll
Ada yang kata al-quran pun tidak boleh?
- Kalau dia minta al-Quran untuk disedekahkan tu tidak mengapa. Tapi kalau dia nak simpan sendiri tu dah pelik. Dia nak baca berapa al-Quran jer?
Ada kisah masyhur mengenai bomoh yang berupa ustaz hanya meminta al-quran. Dimana semua pesakit nya sembuh dengan izin allah.
Rahsia nya terbongkar setelah kematian nya dimana al-quran sebagai pengeras itu diletakkan di dalam tandas, dibawah lantai tandas kayu.
Di temui oleh anak nya begitu banyak sekali al-quran dibawah tandas kayu itu.
wallahu'alam
4) Mengaku mengetahui benda ghaib
Mengaku tahu benda ghaib, seperti mengatakan didalam rumah kita ada 5ekor jin, dalam tubuh kita ada 1000jin dengan hanya melihat dengan mata kasar nya.
Dalam kes ini, biasanya ada 3 jenis:
1. Dia itu penipu
2. Menggunakan khidmat jin - Menjadikan jin sebagai hambanya atau membuat perjanjian dengan jin
3. Atau dia sendiri ada jin di dalam badannya.
Tidak dinafikan, ada RARE case orang boleh lihat makhluk halus, tapi ia haruslah berlaku dalam sesetengah keadaan yang tidak disengajakan / tidak diminta sahaja.
5) Melakukan ritual ritual pelik
Ritual pelik yang sering sekali dilakukan oleh bomoh.
Contoh:
1. melakukan ruqyah/jampi dalam bahasa pelik atau hanya terkumat-kamit tanpa kita tahu apa yang dibacakannya
2. disuruh melakukan ibadah yang menyelisihi sunnah seperti puasa mutih, solat lawan arah kiblat, solat pusing 360 darjah
3. Menggunakan asap, kemenyan
4. mengambil barang milik pesakit / sebahagian dari tubuh pesakit seperti rambut, kuku, gambar dll untuk tujuan jampi / ritual
5. menyeru makhluk lain selain Allah
6. Merawat dengan meraba / bersetubuh dengan pesakit
#Waktu_amal, tiada syarat atau ketetapan, bila bila masa pun boleh buat. Di saat kita merasa sakit, boleh terus buat.
#Tempoh_amalan: #setiap_hari sampai bila bila. Jadikan ianya #rutin dan amalan #setiap_hari
Perlu amal setiap hari utk #melatih_HATI kita supaya menjadi #YAKIN dan #MAHIR dengan apa yg kita amalkan.
Bagi yg ingin mengamalkan kaedah ini, boleh komen "IZINKAN SAYA BERAMAL"
#Mahar harga ilmu: #SUBSCRIBE channel youtube sy (Kamarul Azli MIFTAHUS SALAM) dan #sebar_sebarkan kaedah ini ke group #whatsapp atau #facebook atau mana mana media sosial yg lain
Yg mana dah #praktikkan, boleh #komen #DONE, di alu alukan utk komen dan share kan pengalaman apa yg tuan puan alami setelah melakukan kaedah ini
Makluman: Dibenarkan dan di galakkan utk sebarkan, utk copy dan share artikel penulisan ini, anda WAJIB copy paste dengan lengkap tanpa mengubah atau edit penulisan asal
Pusat Rawatan Islam MIFTAHUS SALAM
Coach Kamarul
+6012 664 8861
+6012 664 8861
#rawatanruqyah #rawatanislam #kuantan #beserah #kuantanpahang #ruqyah #ruqyahsyariyyah #ruqyahmandiri #saka #sihir #ilmuhitam #miftahussalam #coachkamarul #perubatanislam
Semoga Allah melindungi kita dari terjebak pengubatan yang meragukan..
Jom kepada anda yang nak ikhtiar rawat di pusrapi jom ke pusrapi sungai petani.
Hubungi kami untuk info pengubatan:-
PUSRAPI SUNGAI PETANI
Pusat Rawatan Alhijamah Onewahida
468 B Jalan Astana 7
Bandar Seri Astana
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman
TEMUJANJI RAWATAN SILA HUBUNGI
๐ฑTel/Sms/Whatsapp 012-5520195
๐ฑTel/Sms/Whatsapp 012-5520195
๐ฑTel/Sms/Whatsapp 012-5520195
Pusrapi Sungai Petani Www.wasap.my/60125520195
Jom like kami di fanpage di bawah untuk info2 pengubatan terkini:-
FB : https://www.facebook.com/TerapiAlhijamahBekamPusrapiSungaiPetani
Web: https://mypusrapipauhjaya.blogspot.com
Instagram: pusrapi_sungai_petani
Youtube: https://www.youtube.com/channel/UC3mdgULuhGUYJxqIGNX7IDg
Sila temujanji sebelum datang.
Waktu rawatan
Setiap hari 9.30pg -6 ptg
Tutup :- Rabu
Jom saksikan kes2 di Pusrapi ๐๐ปmana tahu anda mempunyai kes yang sama
#UstazahWahidaPusrapi