Powered By Blogger

Tuesday, June 12, 2018

AKHIR RAMADHAN KIAN MENGHAMPIRI

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Perpisahan dengan bulan mulia yang hadir bersama seluruh keindahan dan keistimewaannya.

Berpisah dengan bulan ini bermakna kita meninggalkan kesempatan meraih pahala kebaikan yang berlipat ganda. Kita kehilangan dua keajaiban kegembiraan sewaktu berbuka puasa dan hilangnya kesempatan untuk memperoleh keampunan Allah terhadap dosa yang kita lakukan.


Di antara nikmat dan hadiah Allah SWT terhadap hamba-Nya umat Islam akhir zaman ini, dianugerahkannya kepada kita satu malam yang mulia dan mempunyai banyak kelebihan. Suatu keutamaan yang tidak pernah didapati pada malam-malam selainnya. Iaitu malam “Lailatul Qadr”. Suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, sebagaimana firman Allah SWT:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ * وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ * لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ * تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ * سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ *

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam taqdir (Lailatul Qadr). Dan tahukah kamu apakah malam taqdir (LailatulQadr) itu? Malam taqdir itu (Lailatul Qadr) lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar”.[Al-Qadr: 1-5]

Monday, June 11, 2018

Pusrapi Pauh Jaya Info:-







MASALAH BUAH PINGGANG DAN TELAH MENJALANI DIALISIS SEJAK 5 TAHUN
💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧

Tahukah anda bahawa rawatan dialisis buah pinggang adalah kaedah yang digunakan untuk melakukan tugasan yang biasa dibuat oleh buah pinggang yang masih sihat.

Rawatan dialisis buah pinggang diperlukan apabila buah pinggang seseorang itu sudah tak mampu lagi untuk berfungsi secara normal.

Orang yang menghidap penyakit buah pinggang rosak dan semakin menghampiri tahap akhir – biasanya kehilangan lebih kurang 85% hingga 90% fungsi buah pinggang dan GFR kurang <15

APAKAH YANG DILAKUKAN SEMASA DIALISIS  BUAH PINGGANG?

Bila buah pinggang sudah gagal untuk berfungsi dengan sempurna, dialisis menjadi ganti untuk membantu badan sentiasa seimbang dengan cara:

👉🏻menyingkirkan bahan buangan, garam dan lebihan cecair bagi mengelakkannya daripada menimbun dalam badan

👉🏻memastikan sesetengah jenis kimia dalam badan seperti potassium, sodium dan bikarbornat sentiasa berada pada tahap yang selamat

👉🏻membantu mengawal tekanan darah
 
 
ADAKAH KEGAGALAN BUAH PINGGANG AKAN KEKAL?

Biasanya YA, tapi bukan semua kes. Sesetengah kegagalan buah pinggang akut boleh menjadi lebih baik selepas mendapat rawatan yang betul.

Dalam sesetengah kes kegagalan buah pinggang akut, dialisis mungkin hanya diperlukan untuk tempoh yang singkat sehingga buah pinggang elok semula.

Bagi kerosakan buah pinggang kronik dan tahap akhir, buah pinggang tersebut tidak boleh elok semula dan anda akan memerlukan dialisis untuk seumur hidup. Pemindahan buah pinggang juga mungkin diperlukan.

Risau dan takut buah pinggang anda bertambah parah kami di Pusrapi ada cara dan kaedah bagi membantu anda yang mengalami masalah buah pinggang walau tahap anda sudah di dialisis sekalipun. 

Inilah yang berlaku kepada pesakit saya di Pusrapi Pauh Jaya yang mana beliau telah menghidapi masalah buah pinggang dan telah menjalani proses dialisis lebih kurang 5 tahun. 

Akhirnya ingin berikhtiar pula kaedah alami di tempat kami di Pusrapi. 

Pesakit ini pada mulanya mengalami masalah buah pinggang karatenin yang terlalu tinggi dan menjalani proses ini sekian lama.

Alhamdulillah Allah temukan beliau dengan kaedah kesembuhan alami ini di Pusrapi. 

Angin2 di dalam badan beliau fuuuuh...🌬🌬🌬 terlalu banyak dan ledakan2 darah yang keluar sewaktu keterapian dengan pihak kami sungguh luar biasa. 

Anda nak tahu macam mana org yang dah dialisis di luar sana dialisis pula dengan kami di Pusrapi jom ke Pusrapi terdekat anda. 





Part 2:-

Masalah Buah Pinggang 

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah penyakit seumur hidup dan boleh mendatangkan kesan negatif yang amat teruk terhadap kualiti hidup pesakit. Selain membataskan aktiviti harian, pesakit tahap kronik bukan sahaja terpaksa menelan ubat-ubatan dan menjaga pemakanan harian, malah mereka juga bergantung sepenuhnya pada mesin dialisis bagi meneruskan hidup.

Malangnya, bilangan pesakit buah pinggang di negara ini sentiasa meningkat setiap tahun. Malah, Malaysia juga dikenal pasti antara negara paling ramai pesakit buah pinggang di dunia disebabkan amalan gaya hidup tidak sihat penduduk terutama pengambilan makanan tidak seimbang.

Jom kita lihat pesakit kami pada kali ini yang datang menjalani dialisis di Pusrapi pula. Apa yang keluar saat kami merawat pesakit ini. 
Bayangkanlah sekian lama ledakan2 ini berada di dalam tubuh pesakit. Dari hari ke sehari badan akan menjadi bertambah lemah dan tidak bermaya lantaran toksid yang melambak di dalam darah dan tubuh pesakit yang akan memberati lagi fungsi buah pinggang. 

Kes kali ini yang bukan sahaja dirundung masalah yang 1 ini namun ada lagi penceritaan luar biasa pada kes yang kita ingatkan sakit2 nya hanya dari segi medical sahaja...

Tunggu sambungan di episod seterusnya ....✋🏻✋🏻✋🏻✋🏻. 






Part 3:- 

MASALAH BUAH PINGGANG GHUPANYA ADA LAGI...

Sewaktu menterapi pesakit di sebelah tangan yang sakit keluar ledakan toksid berlapis2 dari badan pesakit. Namun di dalam darah di kawasan tersebut dr dalamnya ada sesuatu yang tidak diingini menghuni di situ... 👻 

Kita biarkan dahulu part ini tergantung di sini kita akan bertemu kesinambungannya di part ke ke 7 kisah ini... huhu sesuatu yang tidak di duga.. tunggu na...✋🏻✋🏻✋🏻✋🏻 part 3👉🏻7. 

Betullah sabda nabi...

Sabda Rasullullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Sufiyyah binti Huyyai r.a
اِنَّ اْلشَّيطَانَ يَجْرِي مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى اْلدَّمِ
“Sesungguhnya Syaitan&Jin itu boleh bergerak di dalam tubuh anak-anak adam (sealiran perjalanan) darah dalam urat-uratnya”
Hadis Riwayat Al-Bukhari Dan Muslim
Dengan dalil hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Syaitan dan Jin itu mereka boleh masuk kedalam tubuh badan manusia dan bergerak bebas melalui saluran darah, kalau kita perhatikan kebenyakkan penyakit-penyakit kronik yang dialami itu mempunyai kaitan rapat dengan darah, jadi mungkin juga penyakit kronik yang kita alami hari ini asalnya bermula dengan gangguan Syaitan dan Jin, namun kita tidak menyedari dan membiarkan ia berlalu dengan hanya mengambil pil-pil dan sebagainya..
Apapun kita hanya berikhtiar Allah jua penyembuh segalanya. 

Jom ke Pusrapi. 

 



Hubungi kami untuk info:- 

PUSRAPI PAUH JAYA
PUSAT RAWATAN ALHIJAMAH ONEWAHIDA
NO 7-1 lorong PJ 1/2 Taman Pauh Jaya
13700 Perai
Pulau Pinang. 

TEMUJANJI RAWATAN SILA HUBUNGI

📱Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195
📱Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195
📱Tel/Sms/Whatsapp 012-5520195

Pusrapi Pauh Jaya  Www.wasap.my/0125520195

Jom like kami di fanpage di atas untuk info2 pengubatan terkini 👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻

JOM NGAJI DI BULAN RAMADHAN


TAZKIRAH 26 RAMADHAN

10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." 
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

AYAT KURSI



Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

pusrapi pauh jaya info:-

Pesanan Iman Al-Ghazali
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya... 

1 - Pertama"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"

Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .


4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?" 

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.


5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.


6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.