Powered By Blogger

Monday, May 29, 2017

PUSARAPI PAUH JAYA INFO: ILMU BEKAM


Alhamdulillah kami telah menjalani perawatan pengubatan nabi ini dan telah menemui pelbagai rencah untuk merawat kes2 yang kronik.. ilmu pengubatan yang agung.
 Kami telah menemui penyembuhan2 agung dengan kaedah berbekam sehinggakan kanser2 dan kes2 kronik dapat dirawat dengan kaedah berbekam. Bukan sekadar sunnah tapi dapat menyembuhkan sakit2 yang tidak dapat disembuhkan dengan kaedah perawatan moden. Bagaimana cara? Hubungi kami untuk info lanjut:-

Pusrapi Pauh Jaya 012-5520195

Monday, May 15, 2017

PUSRAPI PAUH JAYA IKHTIAR KESEMBUHAN ALAMI: pusrapi pauh jaya info: KES-KES GANGGUAN DI PUSRAP...

PUSRAPI PAUH JAYA IKHTIAR KESEMBUHAN ALAMI: pusrapi pauh jaya info: KES-KES GANGGUAN DI PUSRAP...:    RUQYAH + BEKAM = RAWATAN AMPUH GANGGUAN JIN Pengubatan secara islami yang berdasarkan sunnah rasul dikenal...

PUSRAPI PAUH JAYA IKHTIAR KESEMBUHAN ALAMI: PUSRAPI PAUH JAYA INFO:- KES TANGAN TAK BOLEH ANGK...

PUSRAPI PAUH JAYA IKHTIAR KESEMBUHAN ALAMI: PUSRAPI PAUH JAYA INFO:- KES TANGAN TAK BOLEH ANGK...:                               Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah ya...

pusrapi pauh jaya info: KES-KES GANGGUAN DI PUSRAPI PAUH JAYA










   RUQYAH + BEKAM = RAWATAN AMPUH GANGGUAN JIN




Pengubatan secara islami yang berdasarkan sunnah rasul dikenali dengan istilah THIBBUN NABAWI. Berbagai macam jenis pengubatan dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah diakui manfaatnya. Hal ini senantiasa dilakukan semata-mata tidak hanya ingin sembuh dari suatu penyakit, namun meneladani Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Supaya ikhtiar seorang muslim akan diredhai olehAllah Swt. Salah satu pengubatan cara Rasul adalah al-hijamah yang ertinya bekam. Di samping menjadikan pengubatan ini salah satu sumber ibadah untuk mendekatkan diri kita dengan Allah s.w.t.

Sebaik-baik pengubatan yang kalian gunakan adalah bekam (As-Silsilatu 'sh-Shohihah)


Secara mudahnya, bekam atau berbekam adalah merupakan proses membuang darah kotor yang bertoksin dan beracun yang berbahaya, dari tubuh badan kita melalui permukaan kulit. Di dalam bahasa Arab, bekam dikenali sebagai Hijamah, sementara di dalam bahasa Inggeris pula ianya disebut sebagai Cupping.
Toksin adalah merupakan endapan racun atau zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh badan. Di antara sebab atau punca kehadiran toksin di dalam tubuh badan manusia ialah pencemaran udara, kandungan makanan masa kini yang mengandungi zat kimia yang tidak baik seperti bahan pengawet, pewarna, bahan berisa dan seumpamanya. Hasil pertanian yang diurus secara moden juga tidak ketinggalan dari masalah racun makhluk perosak. Tabiat merokok juga menyumbang kepada masalah ini. Tidak ketinggalan juga penggunaan ubat-ubatan moden yang bersumberkan bahan kimia, yang mampu memberikan kesan sampingan merosakkan organ dan mikro organisma baik di dalam sistem tubuh badan.
Darah kotor yang mengandungi toksin ini juga dikenali sebagai darah beku yang menyumbat peredaran darah, sehingga mengakibatkan gangguan kepada sistem peredaran darah daripada berjalan lancar.
KEUTAMAAN BERBEKAM.
Di dalam agama Islam, amalan berbekam adalah merupakan sunnah para rasul, sebagaimana yang tertera di dalam hadis yang bermaksud :
“ Lima hal termasuk sunnah para rasul, iaitu malu, pemaaf, bekam, siwak dan memakai wangian.” ( Hadis riwayat Thobrani dan Ibnu Jarir, dan hadis ini memiliki riwayat pendukung yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas)
Berbekam adalah merupakan amalan yang sangat-sangat diutamakan oleh Rasulullah s.a.w ketika hendak merawat penyakit, mahu pun untuk mengelakkan penyakit. Bahkan baginda juga sangat-sangat menggalakkan para sahabatnya melakukan amalan berbekam ini. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyangkuti saranan berbekam ini. Di antaranya ialah seruan penghuni langit, iaitu para malaikat, ketika berlakunya peristiwa israk dan mikraj :
Dalam riwayat Tirmizi  dari Ibnu Mas’ud dan riwayat Baihaqi :
“ Aku tidak berjalan di hadapan sekelompok malaikat pun  pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali mereka berkata, ‘Wahai Muhammad, perintahlah umatmu agar berbekam! ’” (Sohihul Jami’ : 5671)
Dari Ibnu ‘Abbas r.a :
“ Tidaklah aku berlalu di hadapan sekelompok malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, ‘Muhammad, hendaklah kamu berbekam! ”(Sohihul Jami’ : 5672, Al-Misykat : 4554).
Bayangkanlah, ketika di malam peristiwa yang amat bersejarah itu, ketika Rasulullah s.a.w di dalam perjalanan menemui Allah s.w.t, dan malam di mana perintah mengerjakan solat secara rasminya disyariatkan kepada umat Islam, para malaikat pula menyeru agar nabi Muhammad s.a.w dan umatnya berbekam. Ini menunjukkan betapa amalan berbekam bukanlah sesuatu yang harus diremehkan
HADIS-HADIS BERKAITAN BEKAM
Selain daripada dua hadis yang telah dinyatakan di atas tadi, tedapat beberapa lagi hadis yang berbicara mengenai kehebatan amalan bekam. Ini sekali lagi menunjukkan betapa aktiviti berbekam itu mempunyai manfaat yang besar kepada umat manusia, dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan.
Silalah memperhalusi hadis-hadis berikut bagi memperkuatkan keyakinan anda terhadap kegiatan bekam sebagai penyembuh dan pencegah penyakit yang sangat berkesan :
1. Dari Ibnu ‘Abbas r.a :
“ Kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, yakni minum madu, sayatan alat bekam, dan ‘kay’ dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari ‘kay’ ” (Sahih al Bukhari, At Thibb, Juz 1, halaman 5680)
2. Dari Jabir bin ‘Abdillah r.a ia berkata : Saya pernah mendengar nabi bersabda :
“ Jika ada yang terbaik pada ubat-ubatan kalian, maka itu terdapat pada sayatan alat bekam, minuman madu, atau sundutan dengan api (kay) yang tepat pada penyakit. Tetapi aku tidak sukat berubat dengan ‘kay’ ”(Sahih al Bukhari)
MENGAPA HARUS BERBEKAM ?
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.
Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
“Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya.”
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya’Allah…
Sabda Rasulullah SAW…  “Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”
(Hadis sahih)
KEBAIKAN BERBEKAM
  • Menghilangkan pengaruh sihir, bisa santau dan racun.
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  • Membantu melegakan ketegangan urat leher, bahu, belikat, pinggang dan urat sendi.
  • Membantu mencegah dan meredakan serangan angin ahmar, kebas-kebas tangan dan kaki.
  • Mengeluarkan darah toksid dan melancarkan peredaran darah.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
Fungsi atau Tujuan Berbekam

A.Fungsi bekam yang utama adalah mengeluarkan darah yang rosak. (sel-sel yang telah mati,bertoksid,berasid,berlemak dan kandungan-kandungan sisa buangan yang tidak berguna dari pembuluh darah ).Darah yang rosak ini berada terkumpul 3 ke 4 mm di antara lapisan epidermis dan dermis mengikut anatomi kulit badan  manusia.Darah yang dikeluarkan bukanya dari pembuluh darah sama ada vena, arteri ataupun kapilari.

B.Berbekam untuk kecergasan dan mencegah penyakit bagi mereka yang sihat.

C.Berbekam untuk merawat penyakit bagi mereka yang mengidap penyakit seperti:-
1.Migrain atau sakit kepala
2.Tekanan darah yang tinggi
3.Sakit gout (kandungan urik asid yang tinggi)
4.Sakit badan,pingggang,lutut dan sendi-sendi
5.Vertigo hilang kesimbangan tubuh
6.Alergik atau gatal-gatal tubuh badan
6.Angin Ahmar atau stroke
7.Diabetes atau kencing manis
8.Memperbaiki sistem keseimbangan hormon
9.Meningkatkan sistem immune atau endoktrin pada tubuh badan
10.membetulkan sistem saraf dan sistem pencernaan
11.Meningkatkan tenaga seksual lelaki dan wanita serta kesuburan
12.kanser usus.
13. kanser payudara
14. Kanser tiroid
15. dan lain-lain lagi

Di sini kita kongsikan serba sedikit kes2 di Pusrapi Pauh Jaya mengenai kes2 yang melibatkan gangguan mistik dan misteri....


ANDA ADA TANDA2 NI DALAM TUBUH ANDA? 


Petanda Petandanya Adalah :-
1) sukar hendak tidur di waktu malam dan sering terjaga di waktu tidur.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) rasa berdebar debar apabila waktu senja
4) Badan terasa bisa-bisa/gatal.
5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa.
10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Kemesraan suami isteri makin jauh berkurangan dan kerap bertengkar.
18) Tanda-tanda lebam di peha kaki apabila bangun pagi.
19) Semakin berkurangan mengerjakan solat/Malas beribadat.
20) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Melihat jin secara terus.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid tidak teratur.
31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
38) Sakit kepala,mata berpinar, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa2, normal.
39) Tetiba bau busuk dalam rumah kemudian hilang, begitu juga bau wangi tetiba datang dan kemudian hilang begitu sahaja.


































ITULAH HIKMAH AGUNG YANG KITA TIDAK KETAHUI..
NANTI KITA KONGSI APA YANG DI DALAM DARAH PULA. 

INI ADALAH HASIL PERAWATAN DENGAN KAEDAH NABI.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Jangan malu jangan segan jom kami bantu ikhtiarkan masalah anda.
Jom ke Pusrapi
Penyampai Hamba Allah,
Ustazah Wahida
Penterapi/Perunding Kesihatan/
Pengasas Pusat Rawatan Alhijamah Onewahida
Dengan kerjasama
PUSRAPI
Jom ke Pusrapi Pauh Jaya
Al-Quran & As-Sunnah DULU-KINI-SELAMANYA
Jom like kami di fanpage ini untuk info yang terkini .
Email : wan_ida81@yahoo.com
Tel @ whatsaps untuk temujanji:- 012-5520195
Kepada anda yang berminat untuk menjalani perawatan di Pusrapi Pauh Jaya sila dapatkan tarikh2 untuk perawatan di sini samada melalui sms ataupun whatsaps ke nombor yang tertera.
Jumpa anda di PPJ. (Pusrapi Pauh Jaya).
Waktu rawatan dan temujanji
Setiap hari kecuali Rabu
9.30 hingga 6 petang


Untuk info lanjut jom hubungi kami di Pusrapi. 



012-5520195
jom like kami di fanpage:- 



           https://www.facebook.com/TerapiAlhijamahBekamDiPulauPinang/






PUSRAPI PAUH JAYA INFO:- KES TANGAN TAK BOLEH ANGKAT




                              Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi kelapangan masa kepada saya untuk saya berkongsi sedikit khazanah ilmuNya yang luas. Mudah-mudahan ianya bermanfaat untuk masyarakat dan manusia sekaliannya.

Dalam ruangan kali ini saya ingin berkongsi ilmu tentang rawatan masalah sakit tangan / tangan tidak boleh di angkat.
Masalah sakit tangan sehingga tidak boleh diangkat adalah perkara yang biasa terjadi sama ada kepada orang tua mahupun orang muda. Kadangkala ianya terjadi kerana melakukan aktiviti berat secara berulang-ulang kali atau kerana kecederaan akibat bersukan, sama ada kecederaan lama ataupun kecederaan baru. 

Jangan biarkan lama sakit nanti senang angin2 tak elok menerobos dan urat saraf mengalami masalah kebengkakan. 






Selepas menjalani perawatan di Pusrapi Alhamdulillah Allah izinkan tangan yang bermasalah dapat diangkat semula. Apapun kita berikhtiar Allah jua penyembuh segalanya.

Anda ada sebarang masalah kesihatan? Jangan malu jangan segan jom kami bantu ikhtiarkan masalah anda.
Jom ke Pusrapi
Penyampai Hamba Allah,
Ustazah Wahida
Penterapi/Perunding Kesihatan/
Pengasas Pusat Rawatan Alhijamah Onewahida
Dengan kerjasama
PUSRAPI
Jom ke Pusrapi Pauh Jaya
Al-Quran & As-Sunnah DULU-KINI-SELAMANYA
Jom like kami di fanpage ini untuk info yang terkini .
Email : wan_ida81@yahoo.com
Tel @ whatsaps untuk temujanji:- 012-5520195
Kepada anda yang berminat untuk menjalani perawatan di Pusrapi Pauh Jaya sila dapatkan tarikh2 untuk perawatan di sini samada melalui sms ataupun whatsaps ke nombor yang tertera.
Jumpa anda di PPJ. (Pusrapi Pauh Jaya).
Waktu rawatan dan temujanji
Setiap hari kecuali Rabu
9.30 hingga 6 petang

Untuk info lanjut jom hubungi kami di Pusrapi. 



012-5520195


jom like kami di fanpage:- 

https://www.facebook.com/TerapiAlhijamahBekamDiPulauPinang/




Tuesday, May 9, 2017

JOM KE PUSRAPI PAUH JAYA


Pusrapi Pauh Jaya Info:- Israk Mikraj Hari Bersejarah Ulang Tahun Pengubatan Islam Al-Hijamah (Berbekam)



Hari Ulang Tahun Pengubatan Islam kaedah Al-Hijamah (Berbekam), Pusrapi menyediakan khidmat Perawatan Sunnah merawat Jasad, Mental & roh keseluruhan .... Izin Allah pasti kalian akan merasai keajaiban Mukjizat Agung Roh Pengubatan Islam, jangan katakan tidak selagi kalian belum merasai sendiri perjalanan tubuh Kealam Fitrah pengubatan Sunnah sukar di ungkap dengan kata-kata, kerana Allah bagi kita rasa betul-betul rasa nikmat bila kita dah lakukan. Boleh setkan temujanji dengan kami.

Call Us :-

012-5520195
012-5520195
012-5520195


JOM DENGARKAN

PERUBATAN ISLAM MANFAAT BEKAM SUNNAH-PUSRAPI

Pusrapi Info: Tragedi Ribut Merempuh Khemah Jualan Ku Haraki Pusrapi Lot 43



بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.
Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu.

💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞

Pusrapi Info: Tragedi Ribut Merempuh Khemah Jualan Ku Haraki Pusrapi Lot 43










Kenangan Manis 😁😄 & Kenangan Ngeri 😱 🤧🤕Berlaku Sekelip Mata 😔🤧 Tragedi Ribut Melanda Karnival Ku Haraki Memberi Kesan Kenangan Impak kepada Team Pusrapi yg berada dilokasi saat kejadian tak dapat dilupakan 🤧🤧🤧😔😔😔Kuasa Allah mengatasi segalanya. Kami semua bersyukur padanya yg maha mentadbir seluruh isi Alam langit & Bumi.
Ketika jam menunjukkan 7.30 mlm ketika saya dan siti annur sedang bersembang utk tidur mana malam ni dan ingin menunaikan solat maghrib kedengaran bunyi krak krak krak di luar kami menjenguk keluar booth pusrapi. Alangkah terkejutnya bumbung ku haraki terangkat dari hujung dan terus terangkat tinggi ke langit ... allah allah .. apa kita nak buat ni nak amik apa nie.. keluar keluar masuk dewan ..semua pada ketika itu jd panik .. azan azan... laungan azan berkumndang di mana2 jom jom siti tinggal2 nyawa lebih penting kami hanya sempat masukkan semua yg berharga di dalam kotak. Saya hanya sempat mengambil 2 buah buku penting utk bersama . Kami terus lari masuk kedalam dewan . Di luar keadaan dah huru hara bumbung td rupanya telah jatuh menimpa kedai sebelah... ada orang tak tu ha risau melihat keaadaan kami hanya diarahkan masuk ke dalam dewan. Saya masuk di situ terus ke bilik pemimpin pas yang sdg solat habis mereka solat saya mengangkat takbir utk solat maghrib . Allah syukur aku hidup lagi .. nasib ank2 tak ada bersama tdak jenuh berkejaran membawa ank2 kcil. Kami diarahkan masuk ke dewan. Rasa mcam tdak percaya melihat bumbung terangkat setinggi langit. Kalaulah bumbung yg terangkat tu menghempap kami berakhirlah nyawa kami di sini tetapi Allah masih memanjangkan usia kami. Dalam hati tu baru sikit mcamana kalau hari kiamat kelak... bukan sekadar bumbung yg terbang.. allahu akbar.. 
Rentetan perkongsian 
Ustazah wahida
Di booth pusrapi


Beruntunglah mereka....
Ribut di Kota Sarang Semut

Mereka merasa
mereka melihat
mereka mendengar
sendiri.. 
langit kecil runtuh?! 
langit khemah!! 
Mereka melihat sendiri kesan makhluk ciptaan Allah 
angin kencang berkuasa, menimbulkan ketakutan
kiamat kecil???!!! 
kebergantungan total kepada pencipta semuanya.... 
angin, ribut, hujan dan diri sendiri manusia 
Mentauhidkan Allah.... Faham.... 
Allah Tuhan segalanya
Allah Maha Kuasa
Allah Maha Pencipta 


Allah Maha Mentaqdirkan
marah? kesal? terhina... untuk apa.... 
Bahkan sekali kali tidak 
Sebenarnya mereka yang berada di tempat kejadian sangat beruntung.... kerana mereka di tarbiyyah langsung erti nilai dunia nilai akhirat. 
Mereka beruntung kerana mereka diberi kesempatan, pembelajaran merasai 'kiamat kecil' yang sudah pasti tidak akan mereka lupa sepanjang hayat. waktu muktamar Parti Islam.... waktu terbaik.... persidangan Pas yang merentasi perbicaraan kebajikan ummat bukan sekadar di muka bumi tapi till eternity.... akhirat. 
Ada Allah, yes itu jawapannya 
Mudah mudahan kita sebagai ahli Parti Islam juga bertambah iman dan taqwa, kebergantungan kepada Allah dengan insiden ini. Tiadanya sia sia
Allahu akbar! La ilaha illallah
Dr Halimah Ali 
# Pusat Motivasi Islamcemerlang
30 April 2017
Kota Sarang Semut 
Kedah































































































Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min (017-426 6908)
Ustazah Rahmah 012-449 5689
Siti Sarah  013-451 3459
Pn. Nor Aniza (012-319 2542)


jom like kami :  

       https://www.facebook.com/TerapiAlhijamahBekamDiPulauPinang



والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab 
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)