KATA-KATA YANG MEMBERI HARAPAN DAN SINAR
Friday, February 3, 2017
INFO:- SIAPAKAN INSAN INI?
SEKILAS PENGENALAN IMAM BESAR AS-SYAFIE
SIAPAKAH INSAN INI? |
Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Iman Syafie masih kanak-kanak. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd. Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijran. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ada khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah.
Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran. Beliau mula menghafal al-quran sejak berusia sembilan tahun. Berusia 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis Imam Malik. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung masyarakat. Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54 tahun.
Imam Syafie melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup, beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan taklid, "Janganlah mereka-reka dalam perkara-perkara agama mengguna pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis."
Pesan Imam Syafie, " Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti."
30 PESANAN IMAM SYAFIE
- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
- Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
- Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
- Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.
- Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
- Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
- Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
- Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
- Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
- Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
- Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
- Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
- Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
- Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
- Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
- Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
- Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
- Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
- Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
- Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
- Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
- Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
- Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
- Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
- Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Semoga bermanfaat.
Thursday, February 2, 2017
Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Mulk
Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.
Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
.
.
Kandungan Surah Al Mulk
Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’. Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya.
.
Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.
.
Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
.
Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.
.
Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.
.
Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama : “Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”
https://www.youtube.com/watch?v=ZHG92y8sVgk
Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
- Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
- Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
- Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
.
.
2. Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
- Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
- Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
- Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
- Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)
.
.
3. Hati Beriman
- Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
- Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
.
.
4. Mendapat Keistimewaan
- Saiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
- Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
.
.
Khasiat Ayat Dari Surah Al-Mulk
Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan keistimewaan yang lain. Diantaranya:
.
1. Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk
أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴿١٤
Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.
.
.
2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ ﴿٢٣
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
.
– Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.
.
.
Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.
.
SELAMAT BERAMAL
SALAM ISTIQOMAH
DARI
PUSRAPI PAUH JAYA
Pusrapi Pauh Jaya info: Kes Penyucian Kaki di Pusrapi
Proses Penyucian di Pusrapi
BERITA GEMBIRA BAGI ORANG YANG SAKIT
Muqaddimah.
Sesungguhnya, Allah Yang Maha Bijaksana akan senantiasa memberikan ujian dan cubaan bagi para hamba hambaNya.
Salah satu cubaan atau ujian yang pada waktunya pasti akan menimpa setiap hamba tanpa kecuali adalah sakit. Baik sakit yang ringan mahupun yang berat, lama ataupun sebentar.
Orang yang beriman tidak akan pernah ragu sedikitpun bahwa sakit yang menimpanya adalah ketentuan yang telah Allah tetapkan baginya. Orang beriman itu yakin bahwa sakit yang menimpanya pasti memiliki hikmah dan pelajaran baginya. Oleh karenanya seorang hamba akan selalu berusaha untuk memelihara sikap sabar dan redha didalam dirinya dalam menghadapi ujian berupa sakit dan yang lainnya.
Dari pandangan sebahagian manusia mungkin sakit dianggap suatu yang buruk. Tidak ada kebaikannya karena memang secara fisik terasa tidak menyenangkan. Terpaksa membiayai perawatan untuk berubat. Berhenti sementara dari berbagai kegiatan bahkan tidak mampu melaksanakan sebagian ibadah yang biasa dilakukan. Menambah kesusahan keluarga dan yang lainnya. Tapi ketahuilah dibalik itu ada manfaat dan pelajaran yangboleh diambil oleh yang sakit, keluarga dan kerabatnya dan siapa saja yang mahu mengambil ibrah dari keadaan sakit tersebut.
Menerima dengan sabar dan redha.
Sabar dan redha adalah kunci untuk mendapatkan banyak kebaikan dari setiap cubaan atau penyakit yang dialami seseorang. Semuanya terjadi karena izin dan kehendak Allah.
Allah berfirman : “Maa ashaaba min mushibatin illa bi-idznillah”Tidak ada . sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. (Q.S at Taghabun 11).
Berkenaan dengan ayat diatas, Alqamah berkata : Ayat ini tentang musibah yang menimpa seseorang kemudian dia menyadari bahwa itu semua dari Allah, maka dia redha dan menerimanya (Lihat Tafsir Ibnu Katsir).
Imam Ibnul Jauzi berkata : Dunia ini dijadikan tempat cobaan bagi manusia. Hendaknya orang yang berakal selalu melatih diri agar (selalu) bersabar.
Ketahuilah saudaraku, jika engkau mengalami sakit yang Allah telah tetapkan untukmu, maka engkau redha atau tidak. Engkau sabar atau tidak, penyakit itu tetap akan mendatangimu. Jika engkau tidak sabar dan tidak redha maka akan rugi dua kali. Pertama : Penyakit itu tetap menimpamu karena datang dari sisi Allah dan Allah telah mentakdirkannya bagimu. Kedua : Engkau tidak mendapat kebaikan yang dijanjikan Allah bagi orang yang sabar dan redha dalam menerima sakit atau ujian yang lainnya. Renungkanlah wahai saudaraku.
Berita gembira bagi yang sakit.
Sungguh Allah dengan RakhmatNya yang Agung, telah menyediakan banyak sekali kebaikan bagi orang yang beriman yang redha atas penyakit atau musibah apapun yang menimpanya. Diantaranya adalah :
Pertama : Menghapuskan sebagian kesalahan.
Inilah salah satu berita gembira bagi yang sakit yaitu sebagaimana Rasulullah bersabda : “Maa yushibul muslima min nashabin walaa washabin walaa hammin walaa huznin walaa adzan walaa ghammin hattasy syaukati yusyakuha illa kaffarallahu bihaa ‘anhu min khathaayaah.” Tidaklah menimpa seorang muslim berupa kelelahan,sakit, gelisah, kesedihan, gangguan dan kesusahan –sampai sampai duri duri yang menusuknya- melainkan Allah akan menghapus kesalahannya (dosa-dosanya). H.R Imam Bukhari dan Imam Muslim).
Rasulullah bersabda : “Maa min muslimin yusyaaku syaukatan famaa fauqaha illaa kutibat lahu bihaa darajatun wa muhiiyat ‘anhu bihaa khatii-atun” Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau sesuatu yang lebih dari itu, melainkan hal itu akan dicatat sebagai satu derajat (kebaikan) bagi dirinya, dan akan dihapuskan kesalahan dari dirinya. (H.R Imam Muslim).
Kedua : Allah menghendaki kebaikan baginya.
Sakit atau cobaan yang diderita seorang hamba merupakan pertanda bahwa Allah menghendaki kebaikan bagi hambaNya.
Rasulullah bersabda : “Man yuridillahu bihi khairaan yushib minhu” Barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan maka Allah akan memberinya cobaan. (H.R Imam Bukhari)
Abu ‘Ubaid berkata : Makna dari hadits ini adalah bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mencobamu dengan berbagai musibah (termasuk sakit yang diderita) untuk mencurahkan pahala kepadanya.
Sungguh hadits ini merupakan berita gembira bagi yang ditimpa sakit musibah yang lainnya.
Ketiga : Mendapat derajat yang tinggi.
Sakit atau cobaan yang diderita seseorang adalah merupakan kabar gembira baginya karena Allah menjanjikan kedudukan yang tinggi disisiNya.
Rasulullah bersabda : “Innar rajula takuunu lahul manzilatu ‘indallahi famaa yablughuhaa bi’amalin falaa yazaalullahu yabtaliihi bimaa yakrahu hatta yuballighahu dzalika” Ada seorang hamba yang mendapat kedudukan mulia di sisi Allah bukan karena amalannya. Allah memberi cobaan dengan sesuatu yang tidak menyenangkan hingga ia meraih derajat mulia tersebut. (H.R Abu Ya’la dan Al Hakim, di shahihkan oleh Syaikh al Albani).
Keempat : Balasan sesuai dengan musibah.
Ganjaran pahala yang akan diterima oleh seorang yang mendapat cobaan adalah sebagaimana berat ujian yang menimpanya.
Ini adalah juga berita gembira bagi seorang hamba yang sedang mengalami sakit ataupun yang mendapat ujian dalam bentuk yang lain.
Rasulullah bersabda : “Inna ‘izhamal jazaa’ ma’a ‘izhamil balaa’. Wa innallaha idza ahabba qaumab talaahum. Faman radhiya falahum radha waman sakhitha falahus sukhthu”. Sungguh besarnya balasan seimbang dengan besarnya musibah. Apabila Allah mencintai suatu kaum maka Dia akan mengujinya. Barangsiapa yang ridha maka dia mendapat keridhaan (Allah) dan barang siapa yang benci maka baginya kebencian. (H.R Imam Tirmidzi dan Imam Ibnu Majah, dihasankan oleh Syaikh al Albani).
Kelima : Pahala tetap ditulis dalam keadaan sakit.
Juga merupakan berita gembira bagi yang ditimpa sakit bahwa pahala amal yang biasa dia kerjakan tetap akan dicatat sebagaimana ketika sehat.
Rasulullah bersabda : “Maridhal ‘abdu au saafara kutiba lahu mitslu maa kaana ya’malu muqiman shahihan” Apabila seorang hamba sakit atau sedang bepergian, akan tetap ditulis pahalanya seperti ketika dia mukim atau sehat. (H.R Imam Bukhari).
Kita berdoa kepada Allah agar diberi kesehatan. Namun jika Allah berkehendak lain dari yang kita inginkan itulah hak dan kebijaksanaan Allah terhadap makhluknya. Kita diberi ujian dengan sakit misalnya, maka kita wajib menerima dengan sabar dan memohon kiranya Allah memberikan kebaikan, menghapuskan sebagian dosa dosa kita.
Semoga Allah memberikan ganjaran yang besar diatas kesabaran kita menanggung sakit.
Jom ikhtiarkan sakit-sakit yang ada di Pusrapi.
Jom ke Pusrapi
Penyampai Hamba Allah,
Ustazah Wahida
Penterapi/Perunding Kesihatan/
Pengasas Pusat Rawatan Alhijamah Onewahida
FB : http://www.facebook.com/PusatrawatanAlHijamahOnewahida
Ustazah Wahida
Penterapi/Perunding Kesihatan/
Pengasas Pusat Rawatan Alhijamah Onewahida
FB : http://www.facebook.com/PusatrawatanAlHijamahOnewahida
Dengan kerjasama
PUSRAPI
Jom ke Pusrapi Pauh Jaya
Al-Quran & As-Sunnah DULU-KINI-SELAMANYA
Jom like:-
http://www.facebook.com/TerapiAlhijamahBekamDiPulauPinang…
Email : wan_ida81@yahoo.com
Tel @ whatsaps untuk temujanji:- 012-5520195
PUSRAPI
Jom ke Pusrapi Pauh Jaya
Al-Quran & As-Sunnah DULU-KINI-SELAMANYA
Jom like:-
http://www.facebook.com/TerapiAlhijamahBekamDiPulauPinang…
Email : wan_ida81@yahoo.com
Tel @ whatsaps untuk temujanji:- 012-5520195
PUSRAPI PAUH JAYA IKHTIAR KESEMBUHAN ALAMI: PUSRAPI PAUH JAYA INFO: TESTIMONI KES GANGREN
PUSRAPI PAUH JAYA IKHTIAR KESEMBUHAN ALAMI: PUSRAPI PAUH JAYA INFO: TESTIMONI KES GANGREN: KITA IKHTIARKAN SAKIT-SAKIT YANG ADA JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA DALAM MENCARI RAHMATNYA JADI KEPADA ANDA YANG INGIN BERIK...
Wednesday, February 1, 2017
PUSRAPI PAUH JAYA INFO: TESTIMONI KES GANGREN
KITA IKHTIARKAN SAKIT-SAKIT YANG ADA JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA DALAM MENCARI RAHMATNYA
JADI KEPADA ANDA YANG INGIN BERIKHTIAR KAEDAH TANPA WAS-WAS
Jom ke Pusrapi
Penyampai Hamba Allah,
Ustazah Wahida
Penterapi/Perunding Kesihatan/
Pengasas Pusat Rawatan Alhijamah Onewahida
FB : http://www.facebook.com/PusatrawatanAlHijamahOnewahidaDengan kerjasama
PUSRAPI
Jom ke Pusrapi Pauh Jaya
Al-Quran & As-Sunnah DULU-KINI-SELAMANYA
Jom like:-
http://www.facebook.com/TerapiAlhijamahBekamDiPulauPinang…
Email : wan_ida81@yahoo.com
Tel @ whatsaps untuk temujanji:- 012-5520195
Subscribe to:
Posts (Atom)