Powered By Blogger

Monday, January 30, 2017

PUSRAPI PAUH JAYA INFO:- Bahaya Gangren Atasinya Sebelum Merebak







KES 3 SERANGKAI DAN GANGREN






ANDA BIASA DENGAR TENTANG GANGREN?

GANGREN sering dikaitkan sebagai antara komplikasi kritikal akibat masalah kencing manis atau diabetis. 

Bermula dengan luka kecil yang lambat atau sukar sembuh , gangren boleh merebak sehingga menyebabkan kematian anggota badan. 

Jika gangren tidak mendapat rawatan segera, ia boleh menyebabkan kehilangan anggota badan atau lebih buruk lagi boleh mengancam nyawa. 

Gangren adalah keadaan di mana kawasan tertentu ditubuh berlaku kematian dan kemerosotan. Ini biasanya disebabkan oleh penurunan atau kehilangan bekalan darah ke kawasan tersebut. Gangren juga boleh disebabkan oleh kecederaan, jangkitan atau komplikasi yang telah berlaku dalam jangka panjang. Komplikasi ini mungkin telah menyebabkan peredaran darah mengalami pelbagai masalah yang membawa kepada gangren. Gangren cenderung untuk mengambil tempat dalam anggota badan dan bahagian anggota badan yang gangren kerap berlaku termasuk jari jari serta kaki dan tangan . Dalam sesetengah kes, ia juga memberi kesan kepada otot dan organ-organ dalaman.


Gejala-gejala biasanya merangkumi pesakit yang menderita dari garis merah di seluruh tisu yang terjejas, dan ini biasanya kelihatan pada kulit. Kawasan ini akan terasa sejuk dan kebas. Bagi gangren basah, kawasan yang terjejas walaupun akan membengkak sebelum ada kematian mana-mana tisu yang terjejas. Kemudian, kulit akan mengalami perubahan warna, dari merah pergi ke perang dan perang akan menjadi hitam. Maka bau akan keluar bersama-sama dengan nanah dan tisu yang membuatkan terasa nyilu dan sakit.

PUNCA GANGREN TERJADI BOLEH DISEBABKAN OLEH BEBERAPA FAKTOR TERTENTU. NAMUN SECARA AMNYA IA DIKAITKAN DENGAN DARAH DAN SISTEM ALIRANNYA DI DALAM TUBUH. 



Untuk kes yang telah datang ke Pusrapi Pauh Jaya pada mulanya langsung tidak ada deria ke atas kawasan yang sakit. Tetapi alhamdulillah selepas kita ikhtiarkan perawatan di kakinya barulah deria2 mula berhubung... 

Apapun kita ikhtiarkan kesembuhan Allah jua Penyembuh segalanya. 


Jom ke Pusrapi
Penyampai Hamba Allah,
Ustazah Wahida
Penterapi/Perunding Kesihatan/
Pengasas Pusat Rawatan Alhijamah Onewahida
FB : http://www.facebook.com/PusatrawatanAlHijamahOnewahida

Dengan kerjasama
PUSRAPI
Jom ke Pusrapi Pauh Jaya
Al-Quran & As-Sunnah DULU-KINI-SELAMANYA
Jom like:-
http://www.facebook.com/TerapiAlhijamahBekamDiPulauPinang…
Email : wan_ida81@yahoo.com
Tel @ whatsaps untuk temujanji:- 012-5520195


Monday, January 9, 2017

PUSRAPI PAUH JAYA IKHTIAR KESEMBUHAN ALAMI: PUSRAPI PAUH JAYA INFO:- MASALAH SAKIT PINGGANG

PUSRAPI PAUH JAYA IKHTIAR KESEMBUHAN ALAMI: PUSRAPI PAUH JAYA INFO:- MASALAH SAKIT PINGGANG: ANDA MENGALAMI MASALAH SAKIT PINGGANG??? BICARA KESAKITAN sakit itu nikmat sakit itu penghapus dosa (kafarah) sakit itu ujian s...

PUSRAPI PAUH JAYA INFO:- MASALAH SAKIT PINGGANG




ANDA MENGALAMI MASALAH SAKIT PINGGANG???






BICARA KESAKITAN

sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu


Pengalaman mengurut menemukan saya dengan ramai wanita dan pesakit yang menderita sakit pinggang dan sakit belakang. 

Sakit pinggang merupakan keluhan rata-rata insan di dalam kehidupan yang menyebabkan sukar menjalani aktiviti harian. Mungkinkah letih bekerja, atau lebihan kerja seharian, ataupun memikul beban pekerjaan , khususnya yang membebani tulang, sendi dan otot pinggang. 

 Kekadang sakit yang dirasakan itu adalah punca daripada memikul bebanan yang berat...jika tersalah angkat kekadang boleh menyebabkan kesakitan pinggang yang teramat.


PENYEBAB SAKIT PINGGANG JUGA BOLEH JADI:-

Sakit  pinggang boleh berpunca daripada beberapa sebab. Sebab paling kerap berlaku ialah sakit urat. 

1. Gerak atau sikap badan yang salah ketika membongkok atau mengangkat barang beban badan dan barang. 

2. Tersilap tidur juga mengganggu kesatuan fungsi tulang belakang. 

3. Melakukan pekerjaan yang hanya duduk di hadapan komputer atau kaunter dan  tidak banyak melakukan gerakan.

4. Pemakaian kasut yang tidak sesuai dan sebagainya.



Apabila mengalami sakit pinggang atau sakit di belakang, bahagian belakang badan
 (terutamanya bahagian bawah) akan terasa sakit dan tak selesa. Antara punca ini ialah kerana otot tergeliat, atau letih, postur badan yang tidak betul dan juga akibat tekanan.

Kesannya nanti, pergerakan harian anda menjadi lebih terbatas. Ini kerana anda mungkin akan terasa kebas di bahagian punggung, peha dan kaki. Otot-otot kaki akan lemah dan berkemungkinan boleh lumpuh sepenuhnya.

oklah tak nak cerita panjang... apa tindakan anda bila anda sakit??

BIAR MACAM TU AJER @ SAKIT TERUK BARU NAK DAPATKAN PERAWATAN? 

JOM KAMI ADA JALAN PENYELESAIANYA..

Datanglah ke sesi DIAGNOSIS DI PUSRAPI UNTUK KAMI TAHU DAN KENAL PUNCA MASALAH ANDA :-


Image may contain: 1 person

kita hanya berikhtiar Allah jua yang bisa menyembuhkan segalanya.

INILAH rentetan kes yang mengalami masalah sakit pinggang di Pusrapi Pauh Jaya sampai tidak boleh membongkok jom saksikan.




No automatic alt text available.


Jadi kepada anda yang ingin berikhtiar jom ke PUSRAPI PAUH JAYA.

Jom ke Pusrapi
Penyampai Hamba Allah,
Ustazah Wahida
Penterapi/Perunding Kesihatan/
Pengasas Pusat Rawatan Alhijamah Onewahida
FB : http://www.facebook.com/PusatrawatanAlHijamahOnewahida
Dengan kerjasama
PUSRAPI
Jom ke Pusrapi Pauh Jaya
Al-Quran & As-Sunnah DULU-KINI-SELAMANYA
Jom like:-
http://www.facebook.com/TerapiAlhijamahBekamDiPulauPinang…
Email : wan_ida81@yahoo.com
Tel @ whatsaps untuk temujanji:- 012-5520195



Sunday, January 8, 2017

PUSRAPI PAUH JAYA INFO:- RINDU ITU PASTI BERTAMU



KERINDUAN KEPADA kALAM ALLAH



Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah (SWT) Yang Maha Pemurah, Penyayang Lagi Maha Agung. Sesungguhnya segala puji, kemulian dan sanjungan itu hanya pada Mu sahaja. Selawat dan salam untuk junjungan besar kita Nabi Muhammad (SAW).






Sahabat yang dirahmati Allah,

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah SWT, al-Quran juga adalah senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah SWT (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul.

Di dalam al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya al-Quran dan pada masa penurunan al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.




Terdapat 15 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.

Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.

Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.

Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.

Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

Kesebelas : Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )

 Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.

Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

Kelima belas : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.


SAHABATKU SEKELIAN,

Kita hanyalah hamba Allah yang lemah, 

Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit spiritual dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya.

PENGASAS- Pengasas perubatan ini adalah Saidina Abu Bakar (ra). Perubatan dengan menggunakan ayat-ayat Quran sebagai penawar ini sangat mashyur semasa di zaman kegemilangan Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad (SAW). Tetapi setelah sekian lama, ramai umat Islam kurang yakin akan hikmah dan mujizat Al Quran sebagai penawar kepada segala penyakit. Saya sangat berharap agar kita dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan perubatan melalui Al-Quran seperti semasa zaman permulaan Islam dahulu.

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR- Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.



Ayatul Syifa' : Al-Quran Sebagai Rahmat dan Penyembuh

Sesungguhnya di dalam al-Quran banyak menyebut tentang ayat-ayat kesembuhan (Ayatul Syifa’) yang membentangkan pelbagai pengajaran penting berkaitan dengan kesihatan dan kesejahteraan diri. Ayat-ayat yang dimaksudkan ialah seperti berikut:

1. Surah at-Taubah: 14:

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

2. Surah Yunus: 57:


Wahai manusia, Sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

3.  Surah an-Nahl: 69:


Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

4. Surah al-Isra’: 82:

 
Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.

5. Surah asy-Syu’ara’: 80:


Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan Aku,

6. Surah Fussilat: 44:

Dan Jikalau Kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (Rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quran itu suatu kegelapan bagi mereka[*1]. mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".
[*1] Yang dimaksudkan suatu kegelapan bagi mereka ialah tidak memberi petunjuk bagi mereka.


InsyaAllah, pada kali ini, marilah sama-sama kita merenungkan semula firman Allah SWT yang bermaksud :

" iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya   dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"  ( surah Ar-Ra'd  ; 28 )

ketenangan dan ketenteraman jiwa adalah satu nikmat Allah yang sangat besar dan hanya diberikan kepada hambanya yang terpilih sahaja. Ramai orang mengatakan sesuatu ketenangan itu ialah apabila kita berjaya mengumpul seberapa banyak harta, mempunyai rumah yang besar dan sebagainya, tetapi sebenarnya hakikat ketenangan itu adalah sesuatu yang dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah dan dan rasa ringan untuk melaksanakan dan menyempurnakan ketaatan kepada perintahnya. 

Jiwa yang tenteram adalah jiwa yang banyak mengingati Allah tidak kira di mana juga. Hati yang hidup merupakan hati yang banyak mengingati Allah manakala hati yang mati adalah hati yang payah dan sukar untuk mengingati Allah malah banyak mengingati tentang hal keduniaan semata-mata. 

Sabda Nabi, "Mahukah aku beritahu kamu tentang amal yang paling bersih di sisi Tuhanmu dan paling tinggi mengangkat darjatmu, dan lebih baik bagimu dari berperang melawan musuh, kamu memenggal leher mereka dan mereka pun memenggal leher kamu?" Para Sahabat menjawab, "Khabarkan kepada kami." Rasulullah S.A.W. pun bersabda, "Zikir (ingat) kepada Allah". (HR Hadis At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

JANGAN GUNDAH GULANA BILA HADIRNYA SAKIT TANDA ALLAH PILIH KITA UNTUK DEKAT DENGAN DIA...PERBANYAKKANLAH MEMBACA AL-QURAN DAN MENGINGATINYA ...

SEMOGA KITA BERADA DALAM LINDUNGAN DAN RAHMAT ALLAH S.W.T DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.


Penyampai Hamba Allah,
Ustazah Wahida
Penterapi/Perunding Kesihatan/
Pengasas Pusat Rawatan Alhijamah Onewahida
FB : http://www.facebook.com/PusatrawatanAlHijamahOnewahida
Dengan kerjasama
PUSRAPI
Jom ke Pusrapi Pauh Jaya
Al-Quran & As-Sunnah DULU-KINI-SELAMANYA
Jom like:-
http://www.facebook.com/TerapiAlhijamahBekamDiPulauPinang
Email : wan_ida81@yahoo.com
Tel @ whatsaps untuk temujanji:- 012-5520195





Saturday, January 7, 2017

PUSRAPI PAUH JAYA INFO: KES CYST DI PUSRAPI




PUSRAPI PAUH JAYA INFO


JOM KITA BERSELAWAT UNTUK MENAMBAHKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

BICARA KESAKITAN

sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu

Perkongsian Kes Cyst di Pusrapi Pauh Jaya


 Sejak akhir-akhir ini kes ovarian cyst ni dah menjadi semakin berleluasa di kalangan wanita di Malaysia. Semakin hari, semakin ramai juga wanita sama ada tua atau muda yang menghubungi kami di Pusrapi untuk meminta bantuan perawatan  untuk membantu menyelesaikan masalah cyst mereka. Bagi mereka yang sedang berusaha untuk hamil, ovarian cyst boleh mengganggu kebarangkalian mereka untuk hamil. Malah, pada sesetengah kes, ovarian cyst ini boleh bertukar menjadi ovarian yang lebih kronik tau! Tetapi jangan gundah gulana ada cara dan jalan penyelesaiannya mengikut kaedah di PUSRAPI. 

Ovarian cyst merupakan satu bentuk ketumbuhan yang secara majoritinya terdiri daripada cecair di dalam dinding selaput yang nipis. Ovarian cyst terletak di dalam ovari seorang wanita dan kebiasaannya lewat untuk dapat dikesan kewujudannya. Ketumbuhan ini boleh menjadi semakin membesar dari sebesar saiz sebiji batu kecil, sehinggalah ke saiz sebiji buah tembikai.





Perlukah ovarian cyst dibedah?


Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dilakukan ke atas setaip pesakit. Oleh itu, setiap ovarian cyst tidak semestinya dibuang melalui cara pembedahan. Pembedahan hanya akan di lakukan dengan tiga tujuan.
1) Untuk melakukan Biopsy. Jika doktor mengesyaki ianya mungkin kanser, maka sedikit contoh tisu akan diambil bagi menentukan sama ada kanser atau tidak.
2) Membuang ovarian cyst itu jika ianya mendatangkan masalah yang teruk kepada pesakt. Contohnya sakit perut, kitaran haid yang tidak betul dan sebagainya. Atau jika saiz diameter ovarian cyst melebihi 5cm, kerana dibimbangi ia akan pecah dan ada kesan-kesan lain.
3) Untuk melakukan pembuangan ovari jika ketumbuhan ovari yang mulanya disangka ovarian cyst biasa tetapi kemudiannya disahkan sebagai ovarian cancer. Semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari.

Bagi ovarian cyst yang bukan kanser dan tidak mendatangkan masalah kepada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan dipertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut;

>> Ovarian cyst berlaku di kedua-dua belah ovari.
>> Ovarian cyst melebihi saiz 5cm.
>> Ovarian masih kekal saiz walaupun selepas menunggu 2-3kali kitaran haid.
>> Pemeriksaan ultrasound menunjukkan Ovarian cyst itu bukan jenis yang biasa.
>> Pesakit tidak pernah mengalami kitaran haid langsung.
>> Menggunakan pil perancang kehamilan.
>> Pesakit telah menopause.
>> Pesakit adalah gadis remaja.


MAHUKAH ANDA KAMI TEMUKAN DENGAN PERAWATAN YANG SELAMAT DAN TIDAK MENYAKITKAN? 

PERCAYAKAH ANDA????

Setiap penyakit ada ubatnya

Tidaklah Allah subhanahu wa taala menurunkan penyakit melainkan pasti ada ubatnya. Dari Abu Hurairah Radhiallahu anhum, bahawasanya Nabi Shallallahu alahi wa sallam bersabda:


 "Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit, melainkan dia juga menurunkan Ubatnya" ( Sahih Bukari No. 5354 )


Dari Jabbir Bin Abdillah Radhiallahu anhum; katanya Rasulullah Shallalahu alaihi wa sallam bersabda:


" Setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat tersebut sesuai dengan penyakit, maka ia akan sembuh dengan izin Allah" ( Sahih Muslim no. 2204 )

Dalam Lafaz Lain;

"Sesungguhnyn Allah tidak meletakkan sesuatu penyakit, melainkan dia juga meletakkan ubatnya kecuali satu penyakit." Para sahabat bertanya " Penyakit apakah itu wahai rasulullah ?" Nabi menjawab " Ketuaan "'

Bertakwa bila tua akan tetap tua dan tidak payah bersusah payah untuk mengekalkan muda. Mungkin kulit nampak muda tetapi didalam badan semuanya sudah tua.

OK kekadang sakit-sakit yang duk ada sebenarnya mungkinkah ada makhluk lain yang berusaha merosakkannya dari dalam ...antara percaya atau tidak inilah yang kami temui pada pesakit kami di Pusrapi. Ada sesuatu di dalam darah.. macam apakah ia yang anda lihat...inilah yang datang kepada kami mengadu masalah cyst dan masalah zuriat. ..
Apa yang telah kami temui merungkaikan sesuatu keajaiban ciptaan Allah di dalam tubuh anak adam bernama manusia. 
jom kita lihat...

TAHUKAH ANDA...

Sebenarnya ada berbagai cara bagaimana jin boleh memasuki tubuh manusia sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

" Sesungguhnya Syaitan (termasuk jin) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya ".



Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.
Jin boleh memasuki badan manusia sama ada dipinta sendiri oleh manusia atau tanpa kita sedari.  


Jin biasanya mendampingi kita dan memasuki tubuh kita melalui salah satu cara berikut:

-Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai sahabatnya.
-Melalui " saka Baka "
-Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.
-Lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.
-Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.
-Adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikkannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.
-Amalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan Jin.


Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin tersebut akan mendiami salah satu tempat di dalam anggota tubuh badan manusia.

ok jom saksikan apa yang kami temui di dalam darah pesakit:- 




https://www.youtube.com/watch?v=JBuLimQcwaU

apa yang anda dapat saksikan di akhirnya...

DI DALAM DARAH...........DI DALAM DARAH ............KAMI TEMUI....

Alhamdulillah kita jumpa juga punca sakit yang menghantui sakit-sakit yang duk ada di dalam badan. 

Pada sessi terakhir kita rawat di Pusrapi dengan alunan ruqyah dan bacaan doa kepada pesakit keluar sesuatu di dalam badan ....



BUKANKAH SAMA APA YANG ADA DI DALAM DARAH DAN PADA SESI PERAWATAN ... KEPALA ULAR...

SIAPAKAH LAGI YANG SUKA MENYERUPAI ULAR KALAU BUKAN .....???

Adab Membunuh Ular

 kadang-kadang sering kita jumpai ular kecil di dalam rumah kita, dan membuat panik orang rumah,.. tetapi jangan asal kita bunuh ular tersebut,....

ada beberapa adab membunuh ular Ibnu Taimiyah menulis dalam kumpulan fatwanya bahwa jin dapat mengambil bentuk manusia atau binatang, seperti ular, kala jengking, sapi, kambing, kuda, dll.

Sahabat Nabi Ibnu Umar menyampaikan perintah Nabi untuk membunuh ular yang ditemukan di rumah. Demikian diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Di tempat lain termaktub juga riwayat bahwa Nabi saw. melarang membunuh ular yang ditemukan di rumah tanpa peringatan, karena penghuni rumah dari jenis jin sering mengambil bentuk ular-ular kecil. Bukhari dan Muslim meriwayatkan juga bahwa Nabi saw. bersbda, Ibnu Umar membunuh semua ular sampai sahabat Nabi saw. Abu Lubabah menyampaikan kepada kami bahwa Rasulullah saw. melarang membunuh ular-ular yang ditemukan di rumah (sebelum memberinya peringatan), 

.dan sejak itu ia (Ibnu Umar) tidak lagi membunuh

Bayangkan apa yang kami temui bukan dirumah tetapi di dalam DARAH... DI DALAM TUBUH

ITULAH SALAH SATU PUNCA SAKIT YANG DUK ADA. 
Apapun kita cuba ikhtiarkan kesembuhan untuk pesakit ini. Kita lakukan proses penyucian luaran dan dalaman untuk kes ini. Nak tahu lebih lanjut jo ke PUSRAPI. 

Penyampai Hamba Allah,
Ustazah Wahida
Penterapi/Perunding Kesihatan/
Pengasas Pusat Rawatan Alhijamah Onewahida
FB : http://www.facebook.com/PusatrawatanAlHijamahOnewahida
Dengan kerjasama
PUSRAPI
Jom ke Pusrapi Pauh Jaya
Al-Quran & As-Sunnah DULU-KINI-SELAMANYA
Jom like:-
http://www.facebook.com/TerapiAlhijamahBekamDiPulauPinang…

Email : wan_ida81@yahoo.com
Tel @ whatsaps untuk temujanji:- 012-5520195