Powered By Blogger

Friday, December 1, 2017

SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA DARI PUSRAPI PAUH JAYA



SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA












بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan berbagai acara sambutan seperti perarakan, ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

 .
21:107
Allah SWT berfirmanTidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk mendatangkan kerahmatan kepada seluruh alam.”    (Surah al-Anbia, ayat 107).
Imam Syafie Rahimahullah berkata“Sesiapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad SAW dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh, dan ia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.”

TUJUAN SAMBUTAN


1.    Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.
2.    Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
3.    Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.
4.    Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:
  • Beribadah dan mentaati Allah SWT.
  • Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
  • Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
  • Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
  • Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.
.
33:21
Allah SWT berfirman“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia juga menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang)”   
(Surah al-Ahzab, ayat 21).

AMALAN SUNAT MAULID NABI

Daripada membiarkan hari berlalu begitu sahaja, adalah lebh baik kita melakukan;
1.    Puasa sunat
2.    Mandi sunat
3.    Berziarah ke makam Rasulullah SAW.
4.    Mengerjakan amalan-amalan mulia.
5.    Memperdengar dan menghayati sirah Rasulullah SAW.
6.    Memperbanyakkan tasbih, tahmid dan selawat.
7.   Mengadakan sambutan Maulidur Rasul dengan acara-acara seperti:
    • Perarakan sambil berselawat dan menghayati perjuangan Rasulullah SAW
    • Syarahan sirah Nabi
    • Forum agama dan perpaduan
    • Marhaban
    • Jamuan di peringkat kampung sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
.
.

FADILAT MAULIDUR RASUL


Banyak kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
1.  Berniat hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
2. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud akan diperolehi oleh orang yang mengadakan majlis dan seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu.
3.  Orang Islam yang dibacakan di dalam rumahnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, nescaya Allah Subhanahu Wataala akan:
  • Menghindarkan kekeringan dan kemarau.
  • Menghilangkan kecelakaan, bala dan penderitaan,
  • Menjauhkan kebencian, hasad, kejahatan dan kecurian.
  • Memudahkan menjawab soalan-soalan Mungkar dan Nakir apabila mati kelak.
  • Ditempatkan bersama orang-orang yang benar di sisi Allah Subhanahu Wataala.
4.  Rumah atau masjid atau tempat-tempat yang dibaca di dalamnya Maulid Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam akan:
  • Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka.
  • Malaikat-malaikat melindungi ahli-ahli tempat itu.
  • Malaikat-malaikat yang berpangkat besar seperti Jibril, Mikail, Israfil mendoakan kebaikan bagi orang-orang yang berusaha mengadakan majlis Maulid Nabi SAW itu.
5.  Kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
6.  Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan sesiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.”
7.  Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiallahuanhu berkata: “Sesiapa membesarkan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, maka sesungguhnya ia akan menjadi temanku di dalam syurga.”
8.  Begitu juga As-Sirri As Saqati berkata: “Sesiapa pergi ke tempat yang ada dibaca di situ Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sesungguhnya dia diberi satu kebun daripada kebun-kebun syurga kerana dia pergi ke tempat itu tidak lain kerana cinta kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.”
 .
.

والله أعلم بالصواب


Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;
  1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
  2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
  3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
  4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
  5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
  6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai’ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa’idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
  7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
  8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
  9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
APAPUN SALAM MAULIDUR RASUL DARI KAMI DI PUSRAPI PAUH JAYA BUAT SEMUA






Monday, November 13, 2017

Siapakah Imam Al-Ghazali? dan Pesanan terakhir Imam Al-Ghazali



Imam-Al-Ghazali


















Ada yang belum kenal Siapa Imam Al-Ghazali? 

Untuk lebih mengenal lagi siapakah Imam Al-Ghazali? berikut adalah sejarah Ringkas beliau.

Nama lengkapnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad, Imam Besar Abu Hamid Al Ghazali Hujjatul Islam. Dilahirkan di Tunsia, suatu kota di Khurasan dalam tahun 450 Hijrah (1058M). Ayahnya berkerja membuat pakaian dari bulu (wol) dan menjualnya di pasar Thusia.

Sebelum meninggal ayah Al Ghazali meninggalkan kata pada seorang ahli tasawuf iaitu temannya juga, supaya mengasuh dan mendidik Al Ghazali dan adiknya Ahmad. Setelah meninggal ayahnya, maka hiduplah Al Ghazali dibawah asuhan ahli tasawuf itu.

Harta pusaka yang diterimanya adalah sedikit sekali. Ayahnya seorang miskin yang jujur, hidup atas usaha sendiri bertenun kain bulu. Di samping itu selalu mengunjungi rumah alim ulama, memetik ilmu pengetahuan, berbuat jasa dan memberi bantuan kepada mereka. Apabila mendengar huraian alim ulama itu maka ayah al Ghazali menangis tersedu-sedu seraya bermohon kepada Allah SWT kiranya dia dianugerahkan seorang putera yang pandai dan berilmu.

Pada masa kecilnya Al Ghazali mempelajari ilmu feqah dinegerinya sendiri dengan Syeikh Ahmad bin Muhammad Ar Razikani. Kemudian pergi ke negeri Jurjan dan belajar pada Imam Abi Nasar Al Ismail. Setelah mempelajari beberapa ilmu dinegeri tersebut, berangkatlah Al Ghazali ke negeri Nisapur dan belajar pada Imam Al Haramain. Disana mulalah Al Ghazali memperlihatkan tanda-tanda ketajaman otaknya yang luar biasa dan dapat menguasai beberapa ilmu pengetahuan pokok pada masa itu seperti ilmu mantic(logika) falsafah, dan fiqh madzhab Syafie. Imam Al Haramain amat berbesar hati dan selalu mengatakan “Al Ghazali itu lautan tak bertepi…..”

Setelah wafat Imam Haramain, lalu Al Ghazali berangkat ke Al Askar mengunjungi Menteri Nizamul Muluk dari pemerintahan dinasti Saljuk. Ia disambut dengan kehormatan sebagai seorang ulama besar. Kemudian dipertemukan dengan alim ulama dan pemuka-pemuka ilmu pengetahuan. Semuanya mengakui akan ketinggian dan keahlian Al Ghazali. Menteri Nizamul Muluk melantik Al Ghazali pada tahun 484 H menjadi guru besar pada Perguruan Tinggi Nizamiah yang didirikan di kota Baghdad. Empat tahun lama Al Ghazali mengajar di perguruan tersebut dengan cukup mendapat perhatian dari para pelajar, dari dekat dan jauh, sampai datang kepadanya suatu masa, dimana dia menjauhkan diri dari masyarakat ramai. Maka pada tahun 488 H, Al Ghazali pergi ke Mekah menunaikan rukun Islam yang kelima. Setelah selesai mengerjakan Haji, ia terus ke Negeri Syam(Syria), mengunjungi Baitul Maqdis. Kemudian ke Damaskus dan terus menetap beribadah di Masjid Al Umawi di kota tersebut pada satu sudut yang terkenal sampai sekarang dengan nama “ Al Ghazaliyah” , diambil dari nama mulia itu. Pada masa itulah Al Ghazali mengarang kitab IHYA ULUMUDDIN. Keadaan hidup dan kehidupannya pada saat itu amat sederhana, dengan berpakaian kain kasar, menyedikitkan makan dan minum, mengunjungi masjid-masjid dan desa, melatih diri berbanyak ibadah dan menempuh jalan yang membawanya kepada kerelaan Tuhan Yang Maha Esa.

Kemudian dia kembali ke Baghdad, mengadakan majlis pengajaran dan menerangkan isi dan maksud dari kitabnya, Ihya Ulumuddin. Tidak lama selepas itu beliau berangkat pula ke Nisapur dan mengajar sebentar di Perguruan Nizamiyah Nisapur. Akhirnya kembali ia ke kampung asalnya Thusia. Maka didirikannya disamping rumahnya sebuah madrasah untuk ulama-ulama feqah dan sebuah pondok untuk kaum sufi (ahli Tasawuf). Dibagikan waktunya antara membaca Al Quran, mengadakan pertemuan dengan kaum sufi, memberi pelajaran kepada penuntut-penuntut ilmuyang ingin menyauk dari lautan ilmunya, mendirikan solat, dan lain-lain ibadah. Cara hidup yang demikian diteruskan sampai akhir hayatnya. Dengan mendapat husnul khatimah Al Ghazali meninggal dunia pada hari Isnin tanggal 14 Jumadil akhir tahun 505 H (1111M) di Thusia.

Jenazahnya dikebumikan di makam Ath Thabiran, berdekatan dengan makam Al Firdausi, seorang ahli syair yang termasyhur. Sebelum meninggal Al Ghazali pernah mengucapkan kata-kata yang diucapkan pula kemudian oleh Farancis Bacon seorang filosofi Inggeris iaitu: “ Ku letakkan arwahku dihadapan Allah dan tanamkanlah jasadku dilipat bumi yang sunyi sepi. Namaku akan bangkit kembali menjadi sebutan dan buah bibir ummat manusia di masa hadapan”

Ia meninggalkan pusaka yang tidak dapat dilupakan oleh ummat Muslimin khususnya dan dunia umumnya dengan karangan-karangan yang berjumlah hamper 100 buah banyaknya. Diantaranya kitab Ihya yang teriri daripada empat jilid besar. Kitab Ihya amatlah terkenal dirata-rata dunia. Di Eropah ia mendapat perhatian besar sekali dan telah dialih bahasa ke dalam beberapa bahasa moden. Dalam dunia Kristian telah lahir pula kemudian Thomas a Kempis (1379-1471 M) yang mendekati dengan peribadi Al Ghazali dalam dunia Islam berhubung dengan karangannya “De Imitation Christi” yang sifatnya mendekati IHYA, tetapi dipandang dari pendidikan Kritian.

Diantara karangannya yang banyak itu, terdapat dua buah yang kurang dikenali dinegara kita, akan tetapi sangat terkenal didunia Barat. Malah menyebabkan pecah perang pena antara ahli falsafah iaitu kitab “Maqashidul falasifah” (Ahli-ahli falsafah) dan “Tahafutul falasifah”(Kesesatan ahli-ahli falsafah).

Kitab yang pertama berisi ringkasan dari bermacam-macam ilmu falsafah dan mantic, metafizika, dan fizika. Kitab ini sudah diterjemahkan oleh Dominicus Gundisalvus ke bahasa Latin di akhir abad ke 12 M

Anda juga bisa melihat biografi lengkap 

Kitab yang kedua memberi kritikan yang tajam atas system falsafah yang telah diterangkan satu persatu dalam kitab yang pertama tadi. Al Ghazali sendiri menerangkan dalam kitab yang kedua itu, bahawa maksudnya menulis kitab yang pertama tadi adalah mengumpul dahulu bahan-bahan untuk para pembaca, dan yang kemudiannya akan dikritiknya satu persatu dalam kitab yang kedua.

Beberapa puluh tahun kemudia lahirlah di Andalusia (Sepanyol) Ibnu Rusyd, digelarkan Filosof Cordova(1126-1198). Dia membantah akan pendirian Al Ghazali dalam hal falsafah itu dengan mengarang sebuah kitab yang dinamainya “Tahafutu-tahafutil falasifah”(Kesesatan buku Tahafutul falasifah Al Ghazali)

Dalam buku ini Ibnu Rusyd telah menjelaskan kesalahan pahaman Al Ghazali tentang pergertian apa yang dinamakan falsafah dan beberapa salah fahamnya tentang pokok-pokok pelajaran falsafah.

Demikianlah telah beredar dua buah buku dalam dunia Islam, yang satu menyerang dan menghancurkan falsafah dan yang satu lagi mempertahankan falsafah itu. Keduanya bertempur secara aktif dalam dunia fikiran umat Islam dan menantikan waktunya masing-masing, siapa yang akan menang dan siapa yang akan kalah.

Disamping kemasyhuran dan keagungan yang dipunyai Al Ghazali, dilontarkannya kitab Tahafutul falasifah ketengah-tengah umat manusia dengan gaya bahasa yang hidup bergelora. Sehingga karangan Ibnu Rusyd menjadi lumpuh menghadapi kekayaan bahasa Al Ghazali. Maka pada akhirnya dalam peperangan alam fikiran ini, Al Ghazali tampil ke tengah gelanggang pemenang.

Sebagai filosofi, Al Ghazali mengikut aliran falsafah yang boleh dinamakan “madzhab hissiyat” iaitu dapat dikira-kira sama erti dengan mazhab perasaan .Sebagaimana filosof Inggeris David Hume (1711-1776) yang mengemukakan bahawa perasaan menentang aliran rasionalisme, yakni satu aliran falsafah yang timbul di abad ke 18 M, yang semata-mata berdasar kepada pemeriksaan panca indera dan akal manusia.

Al Ghazali telah mengemukakan pendapat yang demikian, selama 700 tahun terlebih dahulu dari David Hume. Ia mengakui bahawa perasaan itu boleh keliru juga akan tetapi akal manusia juga tidak terpelihara dari kekeliruan dan kesesatan. Dan tidak dapat mencapai kebenaran sesempurnanya dengan sendiri sahaja. Dan tidak mungkin dapat dibiarkan bergerak dengan semahu-mahunya sahaja. Lalu akhirnya Al Ghazali kembali kepada apa yang dinamakannya “dlaruriat” atau aksioma sebagai hakim dari akal dan perasaan dan kepada hidayah yang datang dari Allah SWT.

Al Ghazali tidak kurang mengupas falsafah Socrates, Aristoteles dan memperbincangkan pelbagai masalah yang sulit-sulit dengan cara yang halus dan tajam. Tidak kurang juga ia membentangkan ilmu mantic dan menyusun ilmu kalam yang tahan uji disbandingkan dengan karangan-karangan filosof yang lain. Semua ini menunjukkan ketajaman otaknya. Disamping itu tidak enggan dia berkata dengan kerendahan hatinya serta khusyuk akan kata-kata “wallahhu a’lam” artinya “Allah yang Maha Tahu”

Dalam zaman Al Ghazali, masih berkobar pertentangan antara ahli tasawuf dan ahli feqah. Maka salah satu dari usaha Al Ghazali ialah merapatkan kedua golongan yang bertentangan itu. Baik semasa hidupnya atau sesudah wafatnya, Al Ghazali mendapat teman sealiran dan sefahaman, disamping lawan yang menentang akan pendiriannya. Yang tidak sefahaman, diantaranya Ibnu Rusyd, Ibnu Thaimiyah, Ibnu Qayyim dan lain-lain ahli feqah. Didunia barat Al Ghazalimendapat perhatian besar, mendapat penghargaan dari para filosofi. Diantaranya Renan, Cassanova, Carra de Vaux dan lain-lain.

Seorang ahli ketimuran Inggeris bernama Dr. Zwemmer pernah memasukkan Al Ghazali menjadi salah seorang dari empat orang pilihan pihak Islamdari mulai zaman Rasulullah Saw sampai kepada zaman kita sekarang, iaitu: 

Nabi Besar Muhammad s.a.w sendiri
Imam Al Bukhari, ulama hadis yang terbesar.
Imam Al Asya’ri, ulama tauhid yang termasyhur.
Imam Al Ghazali, pengarang Ihya yang terkenal.

Demikianlah sekelumit sejarah hidup ulama besar ini, dengan kita menyebut beberapa bidang lagi, dimana Al Ghazali mempunyai saham yan
g tidak kecil, seperti bidang pendidikan, dakwah, feqah dan lain-lain lagi.





                                                        Pesan terakhir Imam Al-Ghazali






بسم الله الرحمن الرحيم
Sahabat...

Imam Ghazali terjaga awal pada pagi itu dan sebagaimana biasanya melakukan solat dan kemudian beliau bertanya pada adiknya, “Hari apa hari ini?”

Adiknya pun menjawab, “Hari Isnin.”

Beliau kemudian meminta kepadanya untuk mengambil sejadah putihnya, beliau menciumnya, menebarkannya dan kemudian berbaring di atasnya sambil berkata lembut, “Ya Allah, hamba mematuhi perintah~Mu,”

...dan beliau pun menghembuskan nafas terakhirnya.

Di bawah bantalnya mereka menemukan bait-bait berikut, ditulis oleh Al-Ghazali ra., barangkali pada malam sebelumnya.

“Katakan pada para sahabatku, ketika mereka melihatku mati,
menangis untukku dan berduka bagiku.
Janganlah mengira bahawa jasad yang kau lihat ini adalah aku.

Dengan nama Allah, kukatakan padamu, ini bukanlah aku,
Aku adalah jiwa, sedangkan itu hanyalah selonggok daging.

Jasad itu hanyalah rumah dan pakaianku sementara waktu.
Aku adalah harta karun, azimat yang tersembunyi,
Dibentuk oleh debu, yang menjadi singgahsanaku,

Aku adalah mutiara, yang telah meninggalkan rumahnya,
Aku adalah burung, dan badan ini hanyalah sangkarku.

Dan kini aku lanjut terbang dan badan ini kutinggal sebagai kenangan.
Puji Tuhan, yang telah membebaskan aku.

Dan menyiapkan aku tempat di syurga tertinggi,
Hingga hari ini, aku sebelumnya mati, meskipun hidup di antaramu.

Kini aku hidup dalam kebenaran, dan pakaian kuburku telah ditanggalkan.

Kini aku berbicara dengan para malaikat di atas,
Tanpa hijab, aku bertemu muka dengan Tuhanku.
Aku melihat Lauh Mahfuz, dan di dalamnya aku membaca
Apa yang telah, sedang dan akan terjadi.

Biarlah rumahku runtuh, baringkan sangkarku di tanah,
Buanglah sang azimat, itu hanyalah sebuah kenang-kenangan, tidak lebih

Sampingkan jubahku, itu hanyalah baju luarku,
Letakkan semua itu dalam kubur, biarkanlah terlupakan
Aku telah melanjutkan perjalananku dan kalian semua tertinggal.

Rumah kalian bukanlah tempatku lagi.
Janganlah berfikir bahawa mati adalah kematian, tidak,
itu adalah kehidupan,

Kehidupan yang melampaui semua mimpi kita di sini,
Di kehidupan ini, kita diberikan tidur,
Kematian adalah tidur, tidur yang diperpanjangkan

Janganlah takut ketika mati itu mendekat,
Itu hanyalah keberangkatan menuju rumah yang terberkati ini
Ingatlah akan ampunan dan cinta Tuhanmu,

Bersyukurlah pada kurnia~Nya dan datanglah tanpa takut.
Aku yang sekarang ini, kau pun dapat menjadi
Kerana aku tahu kau dan aku adalah sama
Jiwa-jiwa yang datang dari Tuhannya

Badan-badan yang berasal sama
Baik atapun jahat, semua adalah milik kita
Aku sampaikan pada kalian sekarang pesan yang menggembirakan
Semoga kedamaian dan kegembiraan Allah menjadi milikmu selamanya.

Saturday, November 11, 2017

JADUAL WAKTU OPERASI PENGUBATAN PUSRAPI PAUH JAYA


ANDAI KAU MASIH ADA DI SISI KAMI


YA RASULULLAH


Siapa Rasulullah,  Nabi Muhammad S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w. (bahasa Arab: محمد‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah.

Ringkasan Mengenai Rasulullah S.A.W

Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:


"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

Kelahiran

Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepada Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Masa remaja

Dalam masa remajanya, Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.

Berumahtangga

Rencana utama: Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7 orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 51 tahun.

Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad

• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib
• Safiyah binti Abdul Muthalib
• 'Atikah binti Abdul Muthalib
• Arwa binti Abdul Muthalib
• Umaimah binti Abdul Muthalib
• Barrah binti Abdul Muthalib
• Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib

Kerasulan


Gua Hira tempat pertama kali Nabi Muhammad memperoleh wahyu.
Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

Rasulullah S.A.W, antara ciri-ciri dan sifat-sifat mulianya.

Rupa bentuk Zahir Rasulullah S.A.W

Rupa paras Rasulullah S.A.W, iaitu wajahnya berseri-seri macam bulan purnama, badannya tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, dadanya bidang, rambutnya bersikat rapi dan rambut hitam lebat jenis ikal mayang tapi tidak terlalu ikal, dan mencecah ke tepi telinga, dahinya luas, alisnya lentik halus terpisah di antara keduanya, yang bila baginda marah kelihatannya seperti bercantum,hidungnya mancung, kelihatan memancar cahaya ke atasnya..

Rasulullah S.A.W  mempunyai janggut lebat, tidak bermisai, dan kedua belah matanya hitam, kedua pipinya lembut dan halus, mulutnya tebal, giginya putih bersih.

Di dadanya pula menurut riwayat, ada tumbuh bulu-bulu yang halus, tengkuknya memanjang, serta berbadan tegap, rata antara perutnya dan dadanya, lebar antara kedua bahunya, tulang belakangnya besar, kulitnya bersih, manakala antara dadanya dan pusatnya dipenuhi oleh bulu-bulu yang halus, sedangkan pada kedua teteknya dan perutnya bersih dari bulu, tapi pada kedua lengannya dan bahunya dan di atas dadanya berbulu pula.
Lengannya panjang, telapak tangannya lebar, halus tulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang pula hujung jarinya..

Penampilan Diri Rasulullah S.A.W

Penampilan Rasulullah,Nabi yang Allah suka iaitu merapi,menjaga dan memanjangkan janggut dan memendekkan misai.

Berdasarkan hadith yang menceritakan akan perlakuan Rasulullah S.A.W yang mana pada diri setiap Rasul itu ada ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta iaitu Allah s.w.t

Apabila Rasulullah S.A.W menoleh, akan menoleh dengan semua badannya, kemudian, pandangannya sering tunduk ke bumi, kelihatan Rasulullah lebih banyak melihat ke arah bumi daripada melihat ke atas langit, jarang baginda memerhatikan sesuatu dengan terlalu lama, selalu berjalan beriringan dengan sahabat-sahabatnya dan selalu memulakan salam kepada siapa yang ditemuinya.

Apabila Rasulullah S.A.W  berjalan pula, dan apabila diangkat kakinya maka diangkatnya dengan lembut (tidak seperti jalannya orang menyombongkan diri), melangkah satu-satu dan perlahan-lahan, tapi setiap langkahan adalah panjang-panjang seperti orang yang melangkah di atas jurang,

Menurut riwayat lagi, Rasulullah S.A.W itu kelihatannya berada ‘dalam kerisauan ummat’
sentiasa banyak berfikir, dan tidak suka menbazir masa.

Rasullullah S.A.W adalah seorang yang pendiam, tidak banyak cakap kecuali bila ada keperluan, atau hal penting, dan memulakan bicara dengan lemah lembut, kata-katanya penuh hikmah, satu-satu kalimatnya, tidak berlebih-lebihan atau berkurang-kurangan, kadang kadang mengulang percakapan sebanyak 3 kali.
Rasulullah S.A.W tidak terlalu kasar atau menghina diri, senantiasa membesarkan nikmat walaupun kecil, tidak pernah mencela nikmat apa pun atau terlalu memujinya, tiada seorang dapat meredakan marahnya, apabila sesuatu dari kebenaran dihinakan sehingga dia dapat membelanya.

Dalam riwayat lain, Baginda Rasullullah S.A.W tidak pernah marah untuk dirinya, atau membela sesuatu untuk kepentingan dirinya, bila mengisyarat diisyaratkan dengan semua telapak tangannya, dan bila baginda merasa takjub dibalikkan telapak tangannya, dan bila berbicara dikumpulkan tangannya dengan menumpukan telapak tangannya yang kanan pada ibu jari tangan kirinya,

Di waktu marah, baginda Rasullullah S.A.W  terus berpaling dari arah yang menyebabkan ia marah, dan bila baginda gembira, dipejamkan matanya, kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan bila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Semua itu adalah tanda yang ada pada diri setiap Rasul yang mempunyai ‘kehebatan tersendiri’ yang mewakili satu hubungan rapat di antara kekasih dan Pencipta tujuh lapisan langit dan bumi Allah S.W.T

Dakwah atau perbuatan membawa manusia kepada Allah S.W.T oleh Rasulullah S.A.W menjadi maksud dan tujuan kepada manusia seluruh alam,hingga ke akhir zaman.


Kurniaan Allah S.W. T kepada Rasulullah

Dalam riwayat , ketika Nabi Adam masih di antara ruh dan jasad, Allah S.W.T  sudah melantik Nabi Muhammad S.A.W menjadi penghulu pada semua para Anbia yakni sejak di alam roh lagi..

Kemudian , ketika malam kelahiran Rasulullah SAW, maka bergoncanglah istana Kisra (Raja Parsi) dan gugur daripadanya empat belas anjung, di tempat lain, api sembahan penganut Majusi yang mana tidak pernah padam sebelumnya sejak seribu tahun telah padam di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, inilah yang aku maksudkan akan kehebatan yang menunjukkan hubungan rapat dari langit.

Daripada Ibnu Abbas pula meriwayatakan bahawa Siti Aminah Binti Wahab yakni ibu Rasulullah S.A.W ,telah membuat pengakuan bahawa ketika melahirkan Nabi Muhammad SAW, tak rasa sakit sedikitpun.., dan juga pada waktu lahir, telah keluar bersamanya cahaya yang menerangi di antara timur dan barat.Nabi lahir dalam keadaan yang sudah dikhitankan dan dilahirkan juga dengan tali pusat yang sudah siap dipotong. Inilah kehebatan Rasulullah S.A.W yang menunjukkan kehebatan Allah S.WT.


Waktu zaman kanak-kanak Rasulullah S.A.W. jauh dari perkara-perkara yang tidak baik ,mendatang kerosakan dan dosa kerana dilindungi oleh Allah S.W.

Waktu kanak-kanaknya, ketika berjalan, awan akan mengikut Rasulullah S.A.W,
Rasulullah S.A.W dapat melihat dari arah belakang, maka, jika ada sahabat yang berbuat kesilapan dalam solat, ianya dapat dilihat oleh Rasulullah S.A.W  dari arah belakang lantas menegur para sahabat dengan penuh hikmah selepas solat. Selain dari melihat dari arah belakang, Nabi juga dapat melihat pada waktu malam seperti melihatnya kita pada waktu siang. Lepas tu, apabila Rasulullah S.A.W bercakap, orang duduk jauh pun dapat mendengar.

Menurut riwayat Tabrani pula, Nabi tak pernah mendapat mimpi ihtilam.Riwayat Abu Naim, peluh baginda tidak berbau. Dan lagi, sebagai tanda kemulian, Allah S.W.T tulis sifat anggota badan Rasulullah S.A.W  Al quran.

Menurut perawi Muslim pula, nama Rasulullah S.A.W  ,Muhammad SAW datang dari nama Allah S.W.T , Hamada (puji), yang mana sebelum itu tidak ada seorang pun yang terilham untuk menamakan anak mereka sebagai Muhammad, maka nama ini, Allah S.W.T yang simpan dalam sejarah ilham manusia.

Rasulullah S.A.W, dapat menghafal al quran ,walaupun dia ialah seorang yang tidak pandai membaca dan menulis.Rasulullah S.A.W juga, boleh berdialog dengan makhluk yang lain seperti jin,haiwan ,tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.


Dakwah Rasulullah

Perjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:
• Pertama:  - Tahap pembinaan keyakinan dan iman.Membentuk kepercayaan manusia yang sempurna kepada penciptanya,Allah s.w.t.Bentuk manusia yang menyakini kepada penyembahan berhala ketika itu kepada menyakini kepada Allah s.w.t
• Kedua: Membawa manusia atau masyarakat untuk turut sama memikul kewajiban dakwah Islam,agar membentuk akidah semua manusia yang syirik kepada mentauhid Allah s.w.t,mempercayai Allah s.w.t ialah Tuhan manusia dan seluruh alam. Dan membentuk masyarakat manusia yang hidup dalam keadaan aman dan di redhai Allah s.w.t


Cabaran-cabaran

Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Afan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.

Hijrah

Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke Yathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.

Madinah

Di Madinah, Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan amalan islam di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah kerana perjanjian telah dicabuli.

Pembukaan Kota Makkah

Rencana utama: Pembukaan Kota Mekah
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.

Meneladani perbuatan Rasulullah

Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah dibagi menjadi dua macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).
Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.
Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”

خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"

Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:

فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا
"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)

Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah, baik berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.
Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).

Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)

Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Antara Kronologi perkembangan Rasulullah

• 570M- Nabi Muhammad dilahirkan.
• 610M- Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira'.
• 615M- Orang Muslim didera oleh puak Quraish. Hijrah pertama ke Habsyah.
• 616M- Saidina Hamzah dan Saidina Umar memeluk Islam. Hijrah kedua ke Habsyah.
• 619M- Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi) meninggal dunia. Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.
• 621M- Baiat Aqabah 1
• 622M- Baiat Aqabah 2. Hijrah ke Madinah. Daulah Islamiyah dibina.
• 624M- Perang Badar.
• 625M- Perang Uhud.
• 627M- Perang Ahzab.
• 628M- Perjanjian Hudaibiyah.
• 629M- Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine, baginda menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah.
• 630M- Pembukaan Makkah. Perang Hunain.
• 631M- Perang Tabuk.
• 632M- Kewafatan Nabi Muhammad Perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah.

ADAB MEMBACA ALQURAN

Adab Membaca Al-Quran


Al-Qur’anul Kariim adalah firman Allah SWT yang menjadikannya sebagai pedoman umat manusia dan mengajarkan, menuntun kepada petunjuk untuk mendapatkan kebaikan, keberkahan dan keselamatan baik di dunia maupun di akhirat. Seseorang yang membaca, mempelajari, memahami dan mengamalkan Al-Quran dijanjikan Allah SWT syurga yang indah, kecukupan dalam hidupnya, kemurahan rezeki, pahala, meleburkan dosa serta dikabulkannya segala pinta dan doa yang diharapkannya. Selain itu Allah SWT menggolongkan dirinya bersama orang-orang mu’min yang mendapatkan Rahmat dan Syafa’atNya ketika hari kiamat nanti.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang berbunyi ” Sebaik-baiknya kamu adalah orang yang membaca dan mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya “. (HR.Bukhari)
Ada beberapa cara adab atau perilaku ketika seorang muslim membaca Al-Quran agar mendapatkan kesempurnaan dan mampu memahami serta meresap apa saja makna yang terkandung dalam tiap ayat Al-Quran :
1. Membersihkan mulut dan menggosok gigi terlebih dahulu dengan siwak
Dengan tujuan agar ketika membaca Al-Quran, mulut terasa segar dan wangi dan membaca pun dapat dilakukan enak dan tenang.
2. Mensucikan diri dengan wudhu terlebih dahulu
Berwudhu sebelum menyentuh dan membaca Al-Quran merupakan perilaku penting agar diri ini dalam keadaan suci terhindar dari hadas kecil maupun hadas besar. Karena Al-Quran merupakan Kitab suci yang harus dijaga kebersihan dan kesuciannya, seperti yang dikatakan oleh shahih Imam Haromain berkata ” Orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan najis, dia tidak dikatakan mengerjakan hal yang makruh, namun dia telah meninggalkan sesuatu yang utama”.(At-Tibyan, hal. 58-59)
3. Membaca dengan suara yang lembut, pelan (tartil), tidak terlalu cepat agar dapat memahami tiap ayat yang dibaca
Rasulullah SAW dalam sabda mengatakan “Siapa saja yang membaca Al-Quran sampai selesai (Khatam) kurang dari 3 hari, berarti dia tidak memahami”. (HR. Ahmad dan para penyusun kitab-kitab Sunan)
Bahkan sebagian dari para Sahabat Rasulullah membenci pengkhataman Al-Quran sehari semalam, dengan berdasarkan hadits diatas. Rasulullah SAW sendiri menyuruh sahabatnya untuk mengkhatamkan Al-Quran setiap 1 minggu (7 hari) (HR. Bukhori dan Muslim) begitu pula yang dilakukan oleh Abdiullah Mas’ud, Utsman bin Affan, Zaid bin Tsabit mereka mengkhatamkan Al-Quran seminggu sekali.
5. Membaca Al-Qur’an dengan khusyu’, penuh penghayatan, dengan hati yang ikhlas, mampu menyentuh jiwa dan perasaan bila perlu dengan menangis
Allah SWT menerangkan pada sebagian dari sifat-sifat hambaNya yang shalih adalah “Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertamba khusyu”. ( QS.Al Isra :109 ). Teteapi tidak demikian bagi seorang hambaKu dengan pura-pura menangis dengan tangisan yang dibuat-buat.
6. Membaguskan suara ketika membaca Al-Quran
Dalam sabda Rasulullah SAW yang berbunyi “Hiasilah Al-Quran dengan suaramu.”(HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim). Di dalam hadits lain dijelaskan, “Tidak termasuk umatku orang yang tidak melagukan Al-Qur’an.” (HR. Bukhari dan Muslim). Dalam pengertian dari hadits tersebut adalah membaca Al-Quran dengan baik dan benar mengerti makhroj (tanda baca), harakat ( panjang pendeknya bacaan), mengerti tajwid dsb. Sehingga tidak melewatkan hukum dan ketentuan dari membaca Al-Quran, bila sudah cukup mengerti lantunan dari tiap-tiap ayat yang dibacakan agar terdengar indah dan menyentuh Qolbu.
7. Membaca Al-Qur’an dimulai dengan isti’adzah.
Dalam firman Allah SWT yang artinya, “Dan bila kamu akan membaca Al-Qur’an, maka mintalah perlindungan kepada Alloh dari (godaan-godaan) syaithan yang terkutuk.” (QS. An-Nahl: 98)
Dengan maksud membaca membaca Al-Quran dengan suara yang lirih dan khusyu’ sehingga tak perlu mengganggu orang yang sedang melakukan shalat dan tidak menimbulkan sifat Riya’. Bahkan dalam sebuah Hadist Rosululloh shollallohu ‘alaihiwasallam bersabda, “Ingatlah bahwasannya setiap dari kalian bermunajat kepada Rabbnya, maka janganlah salah satu dari kamu mengganggu yang lain, dan salah satu dari kamu tidak boleh bersuara lebih keras daripada yang lain pada saat membaca (Al-Qur’an).” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Baihaqi dan Hakim).


AYAT-AYAT SYIFA

Ayat-ayat Syifa Penyembuh dan penawar penyakit.




Ayat-ayat Syifa ini amat bertepatan dijadikan amalan sebagai ikhtiar penyembuh penyakit.
Enam ayat Al-Qur’an ini boleh dijadikan amalan sebagai ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit.
Rahsia ayat ini diperolehi oleh Syeikh Abu Qasim al-Qusairi r.a. daripada Rasulullah SAW. Ayat-ayatnya ialah : (Sila rujuk Al-Qur’an untuk ayatnya)
Surah Yunus : 57 ” Dan penyembuh (penawar) bagi penyakit-penyakit (yang berada) di dalam dada.”
Surah al-Nahl : 69 “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia.”
Surah al-Isra’ : “Dan Kami turunkan daripada al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.”
Surah al-Syu’ara : 80 “Dan apabila aku sakit, Dia lah yang menyembuhkan aku.”
Surah al-Fussilat : 44 “Katakanlah : Al-Qur’an itu ialah petunjuk dan penawar.”
Selawat Syifa : Maksudnya ” Ya Allah limpahkanlah rahmat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang menjadi perawat (tabib) segala hatinya dan ubatnya, yang menjadi penawar semua badan dan penyembuhnya, yang menjadi penerang segala pandangan (mata). Juga limpahkanlah rahmat kepada kaum keluarganya dan para sahabatnya sekalian.”

Friday, November 10, 2017

PUSRAPI PAUH JAYA INFO: BEKAM KES MASALAH BUAH PINGGANG



MASALAH BUAH PINGGANG

Pusrapi Info : Kisah Derita Si Pesakit Buah Pinggang.

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ya Allah….
Sihatkan Tubuh Badanku,
Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,
Berkatkan Rezekiku.
Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu.

 Pusrapi Info : Kisah Derita Si Pesakit Buah Pinggang.

Lebih 1,600 pesakit menerima rawatan dialisis 
di 28 pusat di seluruh negara.




7hb Feb 2015 - Kisah Pengidap Dialisis Buah Pinggang.

Saya telah disahkan doktor mengalami masalah buat pinggang dari bermula dari tahun 2011, dan disyorkan pihak hospital untuk menjalani dialisis. Kini telah genap 4 tahun kaedah dialisis saya lalui.

Selama tempoh 4 tahun menjalani kaedah dialisis saya merasakan perubahan yang amat ketara berlaku pada tubuh saya.

Bermulanya dari anak saudara saya yang mengesyorkan untuk beramal dengan ubat darah tinggi di Farmasi, sebelum disyorkan oleh doktor hospital. Konon untuk mencegah penyakit darah tinggi dari awal. Saya merupakan seorang yang kurang beramal dengan air kosong mengakibatkan saya mengamal ubatan dengan cara kurang minum air. Kesan selama saya beramal dengan ubat darah tinggi farmasi mengakibatkan kedua-dua buah pinggang saya mengalami kerosakan dan terpaksa menjalani proses cuci buah pinggang secara dialisis.

Saya pernah menjalani proses tebuk pada bahagian bawah pusat di Hospital Klang. Dari awal untuk melakukan kaedah memasang tiub pencucian guna air, namun gagal kerana pada tiub yang dipasang mengeluarkan darah. Kemudian saya menjalani proses memasukkan camera pada bahagian punggung & mulut, rasa kesakitan yang teramat memberikan satu pengalaman seperti orang yang hampir akan mati. Kesan dari memasukkan camera dalam mulut telah mengakibatkan usus saya terluka. 

Walaupun menjalani kaedah dialisis saya masih beramal dengan ubat darah tinggi, kini datang lagi penyakit baru, dimana doktor mengesahkan saya mengidap penyakit ketumbuhan Fibrod diperut.

Kini badan saya semakin lemah apabila doktor juga mengesahkan saya perlu menjalani pembedahan untuk mengambil air tulang belakang & juga melakukan operation membuang ketumbuhan fibrod. Saya berasa amat-amat khuatir dengan apa yang disyorkan oleh pihak hospital. Sehinggalah saya bertemu dengan kak ipar saya yang mengidap penyakit kanser Tonsil yang menjalani rawatan penyembuhan alami di Pusrapi. Saya berasa tertarik untuk berikhtiar mendapatkan rawatan di Pusrapi setelah melihat kesihatan kakak ipar saya yang menampakkan perubahan. Lebih mengembirakan lagi apabila ianya tidak perlu beramal dengan pengubatan kimia sepanjang masa kerana telah digantikan dengan kaedah pemakanan sunnahtullah yang lebih alami.

Ayuh muslimin & muslimat kita sama-sama mendoakan kesembuhan pada seluruh muslimin & muslimat yang sakit dikalangan kita agar diberi kesembuhan alami yang lebih mendekatkan diri mereka kepada yang Maha Rabb.


PUNCA DERITA TIADA KU SANGKA...

Kes 1.
Sengaja berbual dengan makcik Fatimah untuk mengetahui bagaimana makcik Bedah boleh sakit.

Allah Maha Berkuasa, tiada daya kita manusia biasa ingin melawan takdir. Namun masih boleh dielakkan jika kita tahu punca deritanya.

Dikhabarkan makcik Bedah ini sering mengalami senggugut di zaman remajanya.

Cara paling mudah untuk menahan bisa senggugut adalah dengan makan pain killer a.k.a. PONSTAN (alaa, ubat yang warna kuning-kuning tu...)

Jika Ponstan ini diambil terlalu kerap dalam jangka masa yang panjang, maka kesan sampingannya akan berlaku. Di mana Ponstan ini sangat berkesan dalam MENGGAGALKAN FUNGSI BUAH PINGGANG.

Sudah pasti ramai yang dah tahu... & ada juga yang baru tahu...

Istiqamah Makan Ubat Pasti Tubuh Alami Mudarat


Zaman remaja di univertisi ramai kawan-kawan yang gemar mengamalkan kaedah dibawah untuk mempercepatkan datang haid tanpa mereka ketahui kesan yang bakal mereka alami apabila ianya diamalkan.

"KITARAN PERIOD BOLEH DIPERCEPATKAN SEMINGGU LEBIH AWAL JIKA MAKAN 2 BIJI PONSTAN BERSAMA DENGAN AIR COCA-COLA"

"AMALKAN LAH JIKA ANDA RASA BUAH PINGGANG ANDA TIDAK LAGI DIPERLUKAN UNTUK TUBUH"

DInasihatkan remaja & kaum wanita di luar sana supaya tidak terjebak dalam gejala penyakit ini. Kita perlu......

ELAKKAN DIRI KITA DARI MENJADI PENYEBAB SEGALA PENYAKIT.



Perkongsian Kisah Pengidap Buah Pinggang
"Kesihatan Tidak Boleh Dijual Beli"


Baru-baru ni aku ada borak ngan sorang kawan kat opis. Dia berkisah tentang perihal ibu beliau yg menjalani dialisis untuk penyakit buah pinggang. Beliau ini perempuan berketurunan india. Kata dia ibu dia mendapat penyakit buah pinggang berpunca dari penyakit 3 serangkai. Pertama sakit jantung, kedua darah tinggi dan ketiga kencing manis. 3 serangkai ni dia dpt dari pemakanan dan cara hidup. Jadi disebabkan ubat yg dimakan untuk penyakit 3 serangkai ni, maka buah pinggang dia pun rosak. La ni dia kena pi dialisis 3 kali sminggu. Makan pon bercatu dan yg paling teruk dia boleh minum 3 liter air je sehari, klu dak peparu akan overflow.

Actually dia pun berkisah pengalaman beliau bila bawa ibu dia pi dialisis. Dia jumpa ramai org muda yg dah dpt penyakit buah pinggang ni. Almost 80% adalah melayu, 5% cina dan lelain bangsa lain. Antara kes yg di kisahkan,

1. Kes perempuan melayu berusia 25 tahun. Cantik, kurus dan fit tapi ada penyakit buah pinggang. Sebabnya adalah jamu. Dia amek jamu dari zaman skolah dan la ni dah 2 tahun disahkan ada penyakit buah pinggang.

2. Kes perempuan melayu berusia 28 tahun. Berkerjaya dan berbadan agak gempal. Dpt sakit disebabkan amek ubat pelangsing. Dari 120KG turun 30kg dalam 3 bulan. Masuk bulan ke-4 pengsan. Pi hospital, dua2 buah pinggang rosak. Gara2 ubat pelangsing.

3. Kes lelaki melayu berusia 30 tahun. Berkerjaya. Dpt sakit sbb arak. Dia mula minum dari usia remaja dan skolah. Perokok tegar dan mengamalkan hidup yg xtentu arah. Dua2 buah pinggang rosak.

4. Kes lelaki india berusia 40 tahun. Vegitarian dan mengamalkan kehidupan sihat. Dia kena sebab pengambilan berlebihan supliment dalam makanan. Sebab dia vegitarian dan kurang some vitamin dia amal dalam bentuk kapsul dan berlebihan. Dah sangkut dgn penyakit ni dari diognose pihak bertangjwb.

Setiap kali kos dialisis kat private dia kata makan lebih kurang RM300. Klu pi kerajaan atau tajaan ngo lebih murah dan ada yg free. Dia ada advise tentang pemakanan untuk mendapatkan buah pinggang yg sihat. Fungsi buah pinggang adalah menyaring bahan kumuh. Jadi klu nak menetural dia kne minum banyak air masak. Sbb apa bangsa cina kurang kena penyakit ni? Sbb depa mewajibkan keluarga depa minum air masak byk2 tiap2 hari. Melayu or india mmg minum air hari-hari tapi semua air manis atau air masam.

Kalau kita ingat, Nabi pun mengamalkan perkara ni. Baginda minum segelas air sejuk setiap pagi lepas bangun dari tidur. Jgn pandang remeh hal ni sbb kawan aku ni mati-mati kata kesihatan tidak boleh dijual beli. Tips dia mudah ja, minum air masak sebanyak yg boleh setiap hari.


Paling Menyedihkan Kebanyakkan Golongan Muda-Mudi Juga Terlibat Menjalani Terapi Dialisis Buah Pinggang.


SHASAINDRAN ketika menjalani rawatan.



Pesakit buah pinggang tabah harungi hidup

Walaupun aktif melakukan senaman dan bersukan di sekolahnya, dia tidak menyangka ditimpa kejadian malang selepas mengalami muntah darah ketika waktu makan.

Ketika itu T Shasaindran baru berusia 13 tahun dengan kehidupan seharian yang begitu normal.

Sejurus mengalami kejadian muntah darah itu, dia dikejarkan ke sebuah hospital swasta berdekatan dan seterusnya menjalani satu siri ujian klinikal.

Hasil diagnosis mendapati dia mengalami masalah buah pinggang kecut dan penyakit buah pinggang kronik (CKD) iaitu fungsi buah pinggang hilang secara beransur-ansur.

Buah pinggang adalah organ penting untuk penyingkiran bahan buangan daripada darah dan mengawal paras cecair air. Apabila gagal berfungsi, ia menyebabkan pembentukan toksin dalam darah yang boleh mengakibatkan komplikasi lain.

Shasaindran yang kini berusia 28 tahun meng-akui, pengesahan penyakit itu membuatkan harapan ibu bapanya musnah dan mengalami tekanan memikirkan nasib dirinya itu.
“Ketika itu saya masih muda untuk mengerti penyakit ini dan ibu bapa mengambil masa yang lama untuk menerima keadaan penyakit saya.

“Mereka memberitahu saya tidak dapat berjalan lagi selepas disahkan menghidap penyakit itu hingga membuatkan saya sendiri begitu tertekan,” katanya.

Rutinnya berubah apabila perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu sejak empat tahun lalu. Walaupun terlalu sibuk dengan rawatan, ia tetap memberi semangat kepadanya untuk kembali sembuh.

Pembiayaan rawatan adalah satu cabaran baginya memandangkan kesempitan hidup keluarganya yang hanya mendiami rumah flat kos rendah.
Dia menyara kehidupan dengan bekerja sebagai pembantu di tempat letak kereta dan bantuan sara hidup ibunya daripada PERKESO.

Ini turut menambah kesedihannya memikirkan bebanan keluarganya bertambah kerana perlu menggunakan wang untuk proses rawatan.
Baginya menghidap pe-nyakit itu membuatkan kehidupan mereka sekeluarga menjadi semakin teruk.
“Namun saya berasa bersyukur kerana nasib kami sekeluarga terbela apabila Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) Malaysia bersetuju menyalurkan bantuan menanggung perbelanjaan dialisis.

“Tanpa NKF, saya tidak tahu bagaimana nasib diri sama ada dapat diselamat-kan atau tidak sehingga kini. Ini sangat membantu dan membuatkan saya bersyukur.

“Mereka menjaga saya dengan baik kerana mereka cukup sopan, penyayang dan merawat semua pesakit dengan penuh hormat,” katanya.
Menurutnya, pakar pemakanan juga tidak putus memberi nasihat kepadanya supaya mengambil makanan berkhasiat dan teratur. Mereka agak komprehensif dengan menganjurkan aktiviti tahunan untuk pesakit.

Walaupun tidak sembuh sepenuhnya, hidupnya kini semakin baik selepas menjalani dialisis secara teratur. Setakat ini, dia sudah menjalani dua pemindahan buah pinggang, namun gagal dan berdoa supaya pemindahan kali ketiga berjaya.

Semangat dan harapannya kini juga tinggi selepas memiliki diploma pengurusan perniagaan, sekali gus mahu memulakan perniagaan tempat letak kereta yang lebih maju dan meng-untungkan.

“Pengalaman pahit ini akan saya jadikan sebagai pengajaran untuk menjadi manusia yang lebih berjaya pada masa depan. Saya menyeru supaya masyarakat lebih prihatin terhadap amalan pemakanan sihat dan melakukan senaman fizikal serta menjaga buah pinggang mereka.

“Penyakit ini tiada diskriminasi kerana boleh berlaku kepada sesiapa saja,” katanya. NKF adalah pertubuhan untuk membantu rakyat Malaysia yang mengaami kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir kurang mampu untuk menjalani rawatan dialisis.

Lebih 1,600 pesakit menerima rawatan dialisis di 28 pusat di seluruh negara.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/30









La Tahzan Innallahama'ana - Janganlah bersedih sesungguhnya Allah bersama kita. 

Ayat sembuh Allah kita ada....kita yakin dan beriman dengan ayatnya:

Surah Asy- Syu'araa' Ayat 26:80
YAKINLAH AKAN FIRMAN ALLAH :
"Dan Apabila Aku sakit, maka Dia Lah Yang Menyembuhkan Penyakitku.

حَسْبُنَا ٱللَّـهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ
“HasbunalLâh Wani’mal-Wakîl”,
Cukuplah Allah untuk kami dan dia sebaik-baik pengurus. 
(QS. 3:173)

نِعْمَ ٱلْمَوْلَىٰ وَنِعْمَ ٱلنَّصِيرُ
Ni'mal-Mawla Wani'man-Nashîr
Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong . 
(QS. 8:40)













Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 


Ustazah Siti 019-449 9929 
Ustazah Husna 019-496 6316
Ustazah Wahida 012- 552 0195
Ustaz Syamizam 019-5896783 
Ustazah Min 017-426 6908
Ustazah Rahmah 012-4495689
Siti Sarah 013-4513459
Pn. Nor Aniza 012-319 2542

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

https://www.youtube.com/watch?v=fRXwaAOBRp4



JOM KE PUSRAPI TERDEKAT ANDA

PUSRAPI PAUH JAYA
012-5520195